10 Resipi Bekalan Anak-Anak ke Sekolah

Di zaman sekarang, kebanyakan ibu-ibu lebih sedar akan kebaikan menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak mereka ke sekolah. Selain daripada menjimatkan belanja rumah, ibu-ibu juga boleh mengawal khasiat dan kebersihan makanan anak-anak mereka.

Sempena cuti sekolah yang bakal berakhir tidak lama lagi menandakan permulaan sesi baharu persekolahan di seluruh negara, ibu-ibu mesti pening memikirkan menu bekalan anak-anak ke sekolah. Kepelbagaian dalam menu bekalan seharian anak-anak adalah penting bagi memastikan anak-anak tidak bosan menghadap menu yang sama setiap hari dan tetap berselera menikmati bekalan yang mereka bawa berbanding dengan makanan yang dijual di kantin sekolah.

Jangan bimbang, Cookpad mempunyai beribu-ribu resipi yang boleh dijadikan inspirasi dalam merancang menu bekalan ke sekolah. Di sini kami persembahkan 10 resipi yang mudah, enak lagi berkhasiat sebagai permulaan:

1. Wanpaku Anakku oleh Leesa Alif
2. Sandwich Budak Sekolah oleh Hafiza Muaddah
3. Kids Energy Balls Gluten Free oleh Intan NS
4. Cheese & Herbs Pasta for Kids oleh Rose Hassan
5. Roti Telur Mac & Cheese oleh Nur Dhunaa AB Maleq
6. Pizza Roti oleh Syima Yusof
7. Mini Sausage Rolls oleh Gyna Elenna
8. Enoki Poket Crispy oleh Julia ALeen Aireish 
9. Kroket Keju oleh Sonia Virgin
10. Kawaii ♥ Sleeping Bear Omurice oleh Kana Aneko

Ada banyak lagi idea resipi untuk kanak-kanak yang boleh didapati di Cookpad Malaysia, seperti pizza rotidorayakipoket doraemonpopcorn chickenwanpaku sandwichmac & cheeseburger dan bermacam-macam lagi. Hanya taip kata kunci atau nama resipi yang diingini di bar carian atau “search bar” dan tekan “enter” untuk melihat resipi-resipi yang tersenarai di bawahnya. Atau jika anda tidak pasti resipi apa yang ingin dicari dan mahu melihat pilihan-pilihan yang ada untuk dicuba, hanya taip kata kunci “kanak kanak“, “budak” atau “kids” dan tekan “enter”, dan semua resipi yang tersenarai di bawah kategori tersebut akan kelihatan.

Selamat mencuba!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: