Alhamdulillah, bertemu kita kembali dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Tiap-tiap tahun ketika menjelangnya bulan Ramadan, salah satu perkara yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia ialah peluang untuk mengunjungi Bazaar Ramadan yang menyediakan pelbagai juadah yang menyelerakan.
Tahun lepas merupakan tahun yang paling mencabar buat kita semua dengan kehadiran Covid 19. Kita semua terpaksa menjalani ibadah puasa dalam PKP dengan ketiadaan Bazaar Ramadan seperti lazimnya. Hasilnya, ramai yang mula belajar membuat juadah berbuka puasa sendiri dan Cookpad menjadi salah satu platform rujukan utama bagi tujuan ini.
Tahun ini, apa kata kita teruskan dengan membuat juadah berbuka puasa sendiri? Selain lebih menjimatkan belanja, kebersihan dalam penyediaannya juga lebih terjamin dan kita juga boleh memastikan ia menepati citarasa kita dan ahli keluarga yang lain. Lagipun, tiada yang lebih memuaskan hati daripada menikmati juadah hasil air tangan sendiri. Jom kita cuba resipi-resipi juadah popular Bazaar Ramadan yang dikongsi oleh rakan-rakan Cookpaders kita ini!
1. Roti John

2. Murtabak

3. Nona Manis

4. Ayam Percik

5. Nasi Tomato

6. Nasi Kerabu


8. Sotong Bakar

9. Popia Basah

10. Roti Jala

11. Air Katira

12. Puding Karamel

13. Bubur Lambuk

14. Puding Jagung

15. Agar Agar

16. Kuih Bakar

17. Kuih Cara

18. Bubur Jagung

19. Onde Onde

20. Karipap Pusing

Tinggalkan Jawapan