5 Tip Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia bagi seluruh umat Islam. Pada bulan ini, umat Islam di serata dunia mengambil peluang untuk menyucikan rohani dan juga jasmani dengan berpuasa di siang hari. Ia seperti detoks bagi jiwa dan sistem tubuh badan.

Oleh kerana umat Islam dilarang makan dan minum dalam bulan Ramadan, sebahagiannya merasa sukar untuk mengekalkan fokus pada sesuatu pekerjaan dan mengelak melakukan sebarang pekerjaan yang memerlukan banyak tenaga disebabkan rasa letih dan lesu ketika berpuasa.

Selain daripada itu, mereka juga menghadapi masalah di mana selepas berbuka puasa dengan pelbagai juadah yang menyelerakan, mereka mengalami “koma makanan” iaitu rasa berat dan mengantuk yang terlampau disebabkan pengambilan makanan yang berlebihan atau berlemak.

Menyedari akan perkara ini, Cookpad Malaysia mempersembahkan 5 tip yang boleh membantu Cookpaders kekal cergas, bertenaga dan produktif sepanjang bulan Ramadan.

1. Minum air kosong secukupnya

Selepas seharian berpuasa, apa lagi ketika cuaca panas terik, minuman yang sejuk dan manis semestinya enak dinikmati. Tetapi pastikan anda juga mengambil air kosong yang secukupnya di antara waktu berbuka dan waktu bersahur esoknya. Kekurangan air di dalam badan boleh mengakibatkan kita rasa cepat letih, lesu dan tidak bermaya, jadi pastikan anda minum lebih banyak air kosong berbanding air manis semasa bulan puasa.

2. Berbuka dengan buah-buahan

Selain daripada vitamin dan antioksidan, buah-buahan mengandungi banyak air dan gula semulajadi yang membantu menghidrat semula dan memberi tenaga kepada tubuh badan kita. Jika selalunya kita berbuka puasa dengan kuih muih yang manis, apa kata kita cuba berbuka dengan buah-buahan pula sebagai pengganti? Ia bukan sahaja pilihan yang lebih sihat, tetapi kalorinya yang rendah juga mengelakkan badan terasa berat selepas berbuka puasa.

3. Bersahur dengan makanan yang sesuai

Sahur amat penting kerana ia membantu menyediakan tubuh badan kita untuk berpuasa. Pilih makanan yang tinggi serat, tinggi indeks glisemik dan dalam kategori karbohidrat kompleks seperti beras perangbijirinroti wholemealsayur-sayurankekacang dan buah-buahan yang mengambil masa untuk dihadam dan mampu membekalkan tenaga dengan lebih lama. Lebih elok lagi jika ia dimakan dengan makanan berprotein tinggi seperti telur dan ikan. Jika anda jenis yang tidak boleh makan banyak ketika bersahur, anda boleh mencuba smoothiesovernight oats atau susu kurma.

4. Kurangkan makanan berlemak, berminyak dan garam

Kurangkan lemak, minyak dan penggunaan garam dalam menyediakan juadah berbuka puasa. Makanan yang berlemak dan berminyak membuatkan badan terasa berat selepas berbuka dan penggunaan garam yang banyak memburukkan dehidrasi. Sup panas pilihan paling sesuai untuk berbuka kerana selain bebas minyak dan lemak, ia juga membantu menghidrat semula tubuh badan dan membekalkan nutrien yang secukupnya untuk sistem imun dan penghadaman. Anda juga disarankan untuk mengamalkan konsep suku, suku, separuh di mana suku pinggan terdiri daripada sumber karbohidrat seperti bijirinubiroti atau nasi, suku lagi terdiri daripada sumber protein seperti ikanayam atau daging, dan separuh pinggan terdiri daripada sumber serat yang tinggi kandungan vitamin serta mineral seperti sayuran-sayuran dan buah-buahan.

5. Lakukan senaman ringan

Berpuasa tidak bererti anda harus duduk berhibernasi sahaja tanpa melakukan sebarang pergerakan. Senaman membantu melancarkan pengaliran darah dan oksigen ke seluruh badan, justeru membuatkan kita berasa lebih cergas dan bertenaga. Anda tidak perlu pergi ke gimnasium, hanya sekadar bersiar-siar di taman sambil menghirup udara segar sudah memadai. Hanya pastikan anda bergerak dengan kerap sepanjang berpuasa kerana kecenderungan untuk merasa letih dan lesu timbul apabila kurang pergerakan tubuh badan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: