6 Ramuan Terbaik Meningkatkan Sistem Imun Tubuh (Bahagian 1)

Dengan cuaca yang tidak menentu dan wabak flu yang menular ke seluruh dunia pada ketika ini, apakah tindakan terbaik yang perlu kita ambil untuk memastikan yang kita dan keluarga kita kekal sihat?

Salah satu caranya ialah dengan memastikan kita menjaga kebersihan diri sentiasa dengan mencuci tangan setiap kali sebelum menyentuh makanan dan memakai topeng muka apabila berada di luar rumah.

Dalam pada itu, kita juga hendaklah mengambil langkah berwaspada dengan mengamalkan pemakanan sihat, terutamanya pengambilan bahan-bahan yang boleh menguatkan sistem daya ketahanan tubuh badan kita. Dalam artikel dua-bahagian ini, kami senaraikan 6 ramuan terbaik yang mampu meningkatkan sistem imun tubuh kita. Klik di tajuk ramuan berkenaan untuk melihat resipi-resipi berasaskan ramuan tersebut di Cookpad Malaysia.

Buah Sitrus

Buah-buahan sitrus kaya dengan Vitamin C yang dipercayai membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Sel darah putih amat penting dalam membantu tubuh melawan jangkitan virus dan bakteria. Buah-buahan sitrus juga mengandungi antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Buah sitrus haruslah diambil mentah atau begitu sahaja kerana suhu yang tinggi boleh memusnahkan kandungan Vitamin C yang terdapat dalam buah sitrus. Antara buah-buahan sitrus yang boleh anda makan atau buat minuman ialah limau gedang, limau nipis, buah oren dan lemon.

Teh Hijau

Dikenali antara minuman yang paling berkhasiat, teh hijau kaya dengan Vitamin C dan flavonoid, sejenis antioksida yang membantu tubuh melawan pembentukan radikal bebas. Teh hijau juga mengandungi epigallocatechin gallate (EGCG) sejenis antioksida yang sangat berkesan untuk mempertingkatkan daya ketahanan tubuh badan. Catechine yang terdapat di dalam teh hijau juga mampu membunuh bakteria, menghalang virus seperti virus influenza daripada membiak dan juga mengurangkan risiko jangkitan kuman. Teh hijau juga merupakan sumber terbaik sejenis amino asid yang dikenali sebagai L-theanine yang berupaya menghalang jangkitan virus. Cara terbaik untuk memperolehi manfaat teh hijau sepenuhnya ialah dengan meminumnya setiap hari.  

Cendawan

Dari zaman ke zaman, cendawan digemari ramai bukan sahaja kerana rasanya yang enak, tetapi juga kerana khasiat yang terkandung di dalamnya. Masyarakat Cina dan Jepun telah menggunakan cendawan untuk tujuan perubatan sejak berkurun lamanya. Yang uniknya tentang ramuan ini ialah setiap jenis cendawan mempunyai khasiat yang berbeza. Secara amnya, kebanyakan cendawan mengandungi sejenis polisakarid yang dikenali sebagai beta-glukan yang bersifat anti virus dan mampu membantu tubuh menangkis serangan virus dan radikal bebas. Cendawan juga mampu meningkatkan dan memperkuatkan sel darah putih yang berupaya melawan jangkitan dan penyakit.

Ikuti bahagian kedua artikel ini pada minggu hadapan untuk mengetahui 3 lagi ramuan seterusnya!

📣 Kami juga menganjurkan Peraduan Resipi Immune Booster Sitrus, Teh Hijau & Cendawan pada minggu ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Sumber rujukan:
・ 17 immune-boosting foods to get you through cold and flu season
・ 6 Foods to Eat to Help Prevent the Flu
・ 12 Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Antibodi
・ 5 jenis makanan untuk meningkatkan sistem imun anda
・ 1,001 manfaat teh hijau
・ Ada apa dengan buah sitrus?
・ Cendawan: Kulat Berkhasiat dengan Manfaat yang Pelbagai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: