Cookpad Malaysia 1 Post 1 Hope bersama Dato’ Fazley Yaakob

Aktiviti memasak bukan sahaja merupakan satu keseronokan, tetapi juga merupakan satu pahala apabila memasak untuk keluarga tersayang dan juga orang lain ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ๐Ÿฅฐ . Berkongsi resipi masakan di Cookpad juga merupakan satu pahala, di mana dengan perkongsian ilmu tersebut, orang lain bukan sahaja boleh belajar membuat sesuatu yang baru, tetapi juga boleh menggembirakan keluarga masing-masing dengan hidangan yang baru lagi menyelerakan ๐Ÿณ๐Ÿฒ๐Ÿฅง. Itulah salah satu keistimewaan Cookpad.

Cookpad Malaysia bersama Dato’ Fazley Yaakob dan Pengetua serta Penolong Kanan SMK Pandan Jaya

Cookpad Malaysia, dengan kerjasama Dato’ Fazley Yaakob, buat julung kalinya telah melangsungkan kempen amal 1 Post 1 Hope daripada 2 hingga 22 Ogos 2019. Bagi setiap resipi yang dihantar di bawah kempen ini, Cookpad Malaysia menyumbangkan RM2 kepada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Pandan Jaya. Kempen ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para Cookpader Malaysia di mana sumbangan sebanyak RM620 telah berjaya dikumpulkan.

Pada hari Selasa bersamaan 27 Ogos 2019, Dato’ Fazley Yaakob telah mengadakan demo masakan untuk sejumlah pelajar PPKI SMK Pandan Jaya. Dato’ Fazley telah menyediakan dua hidangan untuk demo masakannya, iaitu Ill Flottante (Poached Meringue With Mixed Berry Compote) dan Caramelized Bananas With Berry Compote. Beliau juga telah memberikan beberapa tip masakan yang sangat berguna ketika demo berlangsung. Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk membantu beliau ketika demo berlangsung dan juga merasai hidangan-hidangan yang terhasil.

Atas sambutan yang menggalakkan untuk kempen amal tersebut, Cookpad Malaysia dan team Dato’ Fazley Yaakob telah memutuskan untuk meneruskan kempen murni ini di mana bagi setiap resipi yang dikongsi dari 1 September hingga 1 Oktober 2019, Cookpad Malaysia akan menyumbangkan sebanyak RM2 kepada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Pandan Jaya ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ.  Kali ini, kempen 1 Post 1 Hope Volume 2 didatangkan dengan tema KUNYIT. Tema ini dipilih oleh Dato’ Fazley yang berasal dari Negeri Sembilan, negeri yang banyak menggunakan kunyit sebagai ramuan utama di dalam masakan tradisinya.

Butiran lanjut kempen amal 1 Post 1 Hope Vol. 2 boleh didapati di sini. Bagi sesiapa yang tiada kesempatan untuk merebut pahala pada bulan lepas, inilah peluang anda! Jom memasak sambil beramal! ๐Ÿ’

Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.

Atas ↑