Kongsi Gambar Bahan Segar Anda!

Sebagai chef-chef rumahtangga yang mementingkan kualiti dan khasiat dalam masakan kita, bahan-bahan segar tempatan semestinya antara ramuan yang penting dalam penyediaan hidangan harian kita. Ini termasuklah makanan laut, daging haiwan ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Durian oleh Aza Aaj

Di Cookpad, kami ingin meraikan kepelbagaian bahan-bahan segar tempatan di setiap negara. Ini bermakna menggunakan bahan-bahan alam semulajadi yang ditanam, ditangkap atau diternak secara tempatan. Menggunakan hasil tempatan berbanding bahan-bahan yang diimport dari negara lain turut membantu para pengeluar tempatan kita seperti para petani, penternak dan nelayan serta mengukuhkan ekonomi dan komuniti setempat. Bukan itu sahaja, kita juga secara tidak langsung menyumbang kepada kesejahteraan bumi kita dengan mengurangkan jejak karbon kita.

Kami di Cookpad bukan sahaja mementingkan masakan di rumah yang bagi kami lebih bersih, berkhasiat dan menyelerakan, tetapi juga kesannya terhadap alam sekitar.

Buah Naga oleh Jemilah Tukimin

Jika anda lihat di Tab Inspirasi melalui aplikasi Cookpad di telefon pintar atau laman web Cookpad, kami ada satu bahagian yang memaparkan bahan-bahan segar tempatan di segmen “Kenali Bahan Segar Tempatan”. Gambar-gambar menarik yang terdapat di Cookpad semuanya adalah dari para Cookpaders sendiri, kecuali gambar hiasan untuk segmen ini, yang buat masa ini diambil daripada laman-laman stok foto. Kami ingin menggantikan gambar-gambar hiasan ini dengan gambar-gambar anda, Cookpaders yang sangat kami hargai, untuk lebih mencerminkan matlamat dan tujuan kami, iaitu sebuah platform komuniti memasak No. 1 yang dicipta oleh anda, untuk anda.

Petai oleh Hana Hana

Anda boleh menghantar gambar bahan-bahan segar tempatan yang anda ada atau jumpai di Grup Facebook kami, atau terus ke e-mel kami. Terpulang kepada anda gambar-gambar apa yang anda ingin hantar, sama ada ia dalam musim atau boleh diperolehi sepanjang masa, asalkan ia dari hasil tangan anda sendiri. Gambar anda tidak perlu cantik dan berseni seperti gambar-gambar stok foto kerana kami ingin memaparkan gambar-gambar yang lebih “real”. Kami akan memberikan anda kredit dengan meletakkan nama dan Cookpad ID anda di bawah deskripsi seperti di sini, di sini dan di sini. Buat masa ini, kami hanya boleh memaparkan satu gambar hiasan sahaja bagi setiap bahan segar, tetapi di masa akan datang, kami akan membolehkan lebih banyak gambar dipaparkan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang bahan segar tersebut.

Jom kongsi gambar-gambar bahan-bahan segar Malaysia anda dengan kami! Tidak sabar kami melihatnya!

3 thoughts on “Kongsi Gambar Bahan Segar Anda!

Add yours

Tinggalkan Jawapan kepada Rozita Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: