Kali ini kami berbesar hati menerima kehadiran Lena Treviño dari Cookpad Mexico untuk berkongsi resipi Homemade Tortilla dan Salsa Verde secara langsung sempena Cookpad Passport Country of the Week iaitu negara Mexico. Selain menunjukkan kami bagaimana membuat dua daripada hidangan tradisi Mexico, Lena juga telah berkongsi banyak tips masakan berguna seperti membalut tortilla menggunakan tuala dan bagaimana untuk menjadikan salsa dalam tin seenak salsa yang dibuat sendiri. Jangan lupa ikuti kami di Cookpad Malaysia Community untuk lebih banyak lagi sesi memasak secara langsung di masa akan datang dan juga berita-berita terkini komuniti Cookpad Malaysia!


Tinggalkan Jawapan