Hidangan One Pot Lauk Malaysia serba boleh

Nasi adalah pasangan hidup kepada lauk masakan Malaysia. Masakan terkenal ‘One Pot‘ seperti kari, rendang dan lain-lain selalunya dimasak dalam kuantiti yang banyak. Boleh dimakan untuk makan tengahari, malam dan keesokan harinya. Terseksa juga nak habiskan lauk yang dah dimasak dan naik bosan makan lauk tersebut dengan nasi je. Di sini, kami sediakan variasi cara untuk makan lauk tersebut selain dengan nasi.

Resepi Sambal Ikan Bilis oleh Wan Faiqah.
  1. Sambal boleh dijadikan isi untuk Burger Malaysia. Boleh juga dimakan dengan roti biasa sebagai sandwic. Selebihnya boleh diguna untuk menggoreng mi atau bihun. Ada juga yang diluar sana menggunakan sambal sebagai ‘base gravy’ untuk piza.
Resepi Kari Daging Kerisik oleh Nurul Kefftya.

2. Lebihan kari boleh dimakan dengan bihun atau mi dijadikan Mi Kari. Banyak yang juga menggemari roti jala dengan kuah kari. Roti canai juga boleh dijadikan pasangan kari. Isi ayam atau daging kari boleh dikoyak halus untuk dijadikan inti karipap.

Resepi Sup Tulang Ala Thai oleh Ain Mohd Kitchen.

3. Sup tulang atau daging semestinya sedap dipadankan dengan bihun dan dijadikan Bihun Sup. Bergedil kentang juga sedap dimakan dengan sup.

Resepi Rendang Ayam oleh Shazrina.

4. Rendang sering kali dimakan dengan roti canai. Isi daging rendang boleh dikoyak halus untuk dijadikan isi burger atau sandwic. Kuah rendang juga boleh dijadikan sebagai ‘base gravy’ untuk piza.

Resepi Tomyam Seafood oleh Leeina Qaliena.

5. Tomyam boleh dimasak dengan pelbagai jenis daging dan makanan laut. Kegemaran ramai dimakan dengan bihun dan dijadikan Bihun Tomyam.

Anda ada cara kreatif lain untuk makan lauk ‘One Pot’? Kongsi bersama kami di Cookpad Malaysia dan juga Group Facebook Cookpad Malaysia Community kami!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: