Jom Kenali 7 Jenis Minyak Masak & Cara Masakan Yang Sesuai

Terdapat bermacam jenis minyak masak dengan titik harga yang berbeza dijual di pasar raya sampai boleh konfius mana satu yang nak dibeli. Keputusan kena dibuat dengan cara masakan yang sesuai dengan jenis minyak. Mari kita sama-sama mengenali 7 jenis minyak masak yang sering kali digunakan di Malaysia dan cara masakan yang sesuai.

  1. Minyak Zaitun Extra Virgin

Seperti nama yang diberi, minyak ini tidak disentuh bahan kimia tambahan dan haba. Minyak ini mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi. Titik asap minyak ini rendah (191 darjah Celcius) dibandingkan dengan minyak lain menjadikan ia tidak sesuai digunakan untuk memasak. Ianya lebih sesuai dijadikan bahan campuran kuah salad atau kuah celup disebabkan oleh perasa zaitun yang kuat.

Simple Potato and Tuna salad oleh irar.

2. Minyak Zaitun Light

Dibandingkan dengan minyak zaitun extra virgin, minyak zaitun light mempunyai titik asap yang tinggi (243 darjah celcius) menjadikan ia sesuai digunakan untuk memasak. Boleh digunakan untuk menumis dan memanggang di dalam oven atau di atas api dapur.

Butter Salmon grilled with Thyme oleh w.azan

3. Minyak Canola

Terhasil daripada biji canola yang melalui proses penghancuran dan penapisan. Minyak canola juga dikategorikan sebagai minyak sayuran. Titik asap untuk minyak canola ialah sederhana (204 darjah celcius) dan seringkali digunakan untuk menumis, memanggang dan dijadikan bahan dalam proses membuat kek dan roti.

Vegan Vanilla Cupcakes with Lemony Zest Frosting oleh ChikNi Hussain.

4. Minyak Bunga Matahari

Minyak ini diperbuat dari biji bunga matahari dan ini menyumbang kepada perasa kekacang minyak ini. Dikategorikan sebagai salah satu minyak dengan titik asap yang tinggi (232 darjah celcius). Oleh itu, minyak bunga matahari sesuai digunakan untuk menumis, menggoreng dan kadang-kadang digunakan dalam proses membuat kek atau roti.

Nasi Goreng Vege oleh Misra Bakri.

5. Minyak Kacang Tanah

Minyak ini mempunyai perasa kacang yang kuat dan manis. Popular digunakan dalam masakan Asia seperti makanan Thai dan Cina yang banyak menggunakan teknik masakan menumis. Titik asap minyak ini tinggi (232 darjah celcius) dan elok digunakan untuk menggoreng bahan yang memerlukan minyak yang banyak dan panas seperti ayam goreng atau kentang goreng.

Butter Prawn Bersarang oleh Sesimple Loralin.

6. Minyak Kelapa Sawit

Minyak yang paling popular digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia dalam masakan di rumah. Titik asap minyak ini adalah tinggi (232 darjah celsius), menjadikan ia amat sesuai digunakan untuk masakan harian seperti menumis dan menggoreng.

Ayam Goreng Berempah oleh Wawa Waheeda.

7. Minyak Bijan

Seringkali digunakan sebagai perasa dalam masakan disebabkan oleh perasa kekacang yang kuat dan baunya yang tajam. Titik asap untuk minyak bijan adalah paras sederhana (177-204 darjah celsius) dan boleh digunakan untuk menumis.

Salad Bayam Korea oleh Mahadiah Muda.

Marilah kita mula menggunakan minyak masak yang betul dengan stail dan resepi masakan kita.

Anda ada teknik masakan dan resepi lain yang menggunakan minyak masak tersenarai di atas? Kongsi bersama kami di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: