Kebelakangan ini, cuaca di Malaysia agak suram dan hujan tak berhenti dari pagi hingga ke malam. Grrrrrrr…..SEJUK. Tambahan ada juga yang di antara kita yang mendapat vaksinasi dos pertama atau kedua dan mengalami side effects yang agak kuat. Dalam keadaan macam ini, sup panas yang penuh dengan perasa dan berkhasiat memang diingini ramai.
Ada yang meminati sup rasa Malaysia tapi ada juga yang mempunyai citarasa sup antarabangsa. Di sini, kami sediakan 10 resepi sup yang berlainan terpulang dengan citarasa tekak masing-masing. Yang pasti resepi ini senang dan cepat untuk dimasak.
SUP TELUR
Bahan utama pastinya telur. Sup ini terkenal di kalangan kaum Cina dan seringkali dihidang di restoran masakan Cina.

SUP TULANG
Bermacam cara masakan sup tulang; ada yang berempah, ala thai atau masak merah. Ada juga yang suka guna tulang ayam dibandingkan dengan tulang lembu.

TOMYAM
Sup terkenal di negara jiran, Thailand yang menjadi salah satu kegemaran rakyat Malaysia. Pelbagai variasi yang boleh dimasak mengikut selera masing-masing. Pedas, masam dan manis sup tomyam sememangnya boleh menambahkan selera makan seseorang.

SUP SAYUR
Bermacam jenis sayur boleh dijadikan bahan untuk sup sayur. Terpulang dengan sayur apa yang menjadi kegemaran masing-masing. Tinggi dengan vitamin dari sayur dan sesuai untuk dijadikan makanan anak-anak kecil.

SUP TAUHU
Tauhu, tidak kisah sama ada tauhu air, tauhu jepun atau tauhu lembut, kesemuanya mengandungi kandungan protein yang tinggi. Perasa tauhu yang neutral menjadikan ia sesuai dipadankan dengan bahan-bahan lain di dalam sup.

KIMCHI JJIGAE
Secara ringkas, Kimchi Jjigae ialah sup kimchi. 2 bahan penting untuk sup ini ialah kimchi dan sos Gochujang. Rasa masam masin dari kimchi dan pedas dari sos Gochujang, sesuai dengan cuaca sejuk dan dimakan dengan nasi putih.

SUP AYAM
Kegemaran ramai kerana bahan utama, ayam senang untuk didapati dan versatile untuk dijadikan sup mengikut selera masing-masing.

SUP CENDAWAN
Bermacam cara masakan untuk sup cendawan, sama ada stail masakan Asia atau stail masakan barat.

SUP LABU
Satu lagi bahan yang digemari ramai untuk dijadikan sup ialah buah labu. Sup labu, rasanya manis dari buah labu dan berlemak dari krim masakan yang digunakan, sememangnya sedap dimakan dengan roti bakar.

SUP IKAN
Antara ikan yang seringkali digunakan untuk sup ikan ialah ikan merah, ikan kerapu, ikan tenggiri dan ikan jenahak. Cara masakan sup ikan yang simple akan membangkitkan rasa manis ikan menjadikan sup ini sedap dimakan dengan nasi putih.

Anda ada resepi sup lain yang menarik? Kongsi bersama kami di Cookpad Malaysia dan juga Group Facebook Cookpad Malaysia Community kami.
Tinggalkan Jawapan