Resipi Kuih Tradisi 13 Negeri di Malaysia

Setiap negeri di Malaysia semestinya mempunyai resipi masakan dan kuih tradisi masing-masing. Sesetengah resipi terkenal di luar kawasan kelahiran, namun begitu banyak juga kuih tradisi kita kian pupus ditelan zaman. Jom kita sama-sama tour 1 Malaysia dan kenali asal usul resepi Kuih Tradisi setiap negeri. Kita mulakan perjalanan dari Utara Semenanjung Malaysia ke Selatan Semenanjung Malaysia dan seberangi Laut China Selatan ke Sabah dan akhir sekali ke Sarawak.

PERLIS – Emping Padi

Nama lainnya, Ringgi dan resipi ini menggunakan padi pulut yang muda dan berwarna hijau. Emping padi hijau itu disangrai (digoreng tanpa minyak) hingga satu atau dua biji padi beraksi seperti popcorn. Kemudian ditumbuk di dalam lesung dan ditampi untuk dibuang kulit. Emping itu kemudiannya dimakan dengan campuran kelapa parut dan gula.

KEDAH – Pek Nga

Juga dikenali sebagai lempeng kelapa di Terengganu dan Kelantan. Cuma menggunakan 4 bahan iaitu tepung gandum, air, garam dan bahan paling penting ialah isi kelapa parut. Sesuai dimakan untuk sarapan pagi dan boleh dimakan begitu saja atau boleh dicecah dangan kuah kari atau sambal.

Pek Nga oleh Hana Hana.

PULAU PINANG – Putu Mayam

Di Pulau Pinang, dikenali sebagai Putu Mayong. Diperbuat daripada tepung beras dan dimasak dengan kaedah mengukus. Rupa seakan bihun dan dimakan bersama gula perang dan kelapa parut.

Kelantan – Akok

Boleh didapati dalam pelbagai jenis bentuk seperti bujur, buah ulu atau bunga kemboja. Resipi Akok menggunakan kuantiti telur yang banyak dan hasilnya, rasanya yang manis bertelor. Bahan lain yang digunakan untuk membuat Akok ialah tepung, gula dan santan. Tradisinya, dimasak menggunakan dapur tradisional yang menggunakan arang. Di zaman moden ini, Akok boleh dimasak di oven atau air fryer.

Akok Pandan oleh ha.lim39

TERENGGANU – Paung Goreng

Ada juga yang mengenali Paung Goreng dengan nama lainnya, Kuih Bom Inti Ikan kerana intinya ialah serunding ikan. Kulit paung dibuat daripada tepung gandum dan tepung beras. Untuk mengelakkan paung goreng menjadi bom atom di dapur, doh kulit paung ini disejukkan di dalam peti sejuk sebelum inti ikan dimasukkan dan bila mengoreng, jangan dikacau terlampau kerap.

PAHANG – Apam Baghdad

Terkenal dan menjadi trademark masyarakat Pahang terutamanya orang daerah Pekan. Kuih apamnya berwarna kuning terang dan seri kaya berwarna hijau diletakkan di atas kuih apam, inilah keunikan Apam Baghdad. Antara bahan utama yang diperlukan untuk resipi ini ialah gula, telur dan tepung penaik.

PERAK – Kuih Limas

Jangan konfius Kuih Limas dengan Kuih Pelita, rupanya seakan sama tapi menggunakan tepung yang berbeza. Kuih Limas menggunakan tepung gandum manakala Kuih Pelita menggunakan tepung beras.

SELANGOR – Bahulu Kemboja

Golongan veteran mengenali kuih ini dengan nama, Kuih Bakar Pandan. Tips untuk Bahulu Kemboja yang sedap ialah kena gunakan jus pandan asli dan kerak atas yang berkaramel bila dibakar. Acuan kemboja perlu dioles dengan majerin atau minyak dan dipanaskan di dalam oven sebelum adunan Bahulu dituang.

Bahulu Kemboja oleh Mahadiah Muda.

MELAKA – Keria Gula Melaka

Bahan utama untuk membuat Keria Gula Melaka ialah tepung gandum, ubi keledek – lebih digemari ubi keledek putih dibandingkan dengan ubi keledek oren dan gula melaka. Rupanya seakan donut yang disalut dengan sira gula melaka.

Keria Gula Melaka oleh Hamidah binti Mokhtar
.

NEGERI SEMBILAN – Kuih Sopang

Seakan Kuih Koci atau Badak Berendam, tapi ternyata berbeza dari segi bentuk dan rasa. Kuih Sopang di buat daripada tepung pulut, gula melaka dan intinya kelapa parut. Secara tradisi, doh dilipat dua menggunakan sapu tangan yang dilapik dengan daun pisang untuk memudahkan proses membentuk kuih kepada bentuk karipap. Cara masakan ialah dikukus dengan kuah santan.

JOHOR – Kuih Kacau Keledek

Seperti namanya, untuk membuat kuih ini kenalah mempunyai kesabaran yang tinggi untuk mengacau adunan. Bahan utama digunakan ialah ubi keledek oren dan santan. Ubi keledek yang telah direbus dan dilecek, digaul sebati dengan santan dan telur yang telah dipukul hingga kembang. Adunan itu kemudiannya dicampur dengan air gula dan dijerangkan di atas api sederhana, dikacau hingga pekat dan liat sebelum dibentuk mengikut kesukaan masing-masing.

SABAH – Kuih Tiram

Juga dikenali sebagai Kuih Lidah Buaya. Terkenal di kalangan orang Melayu Brunei di Papar, Sabah tapi boleh didapati di negeri lain di Malaysia. Doh kuih ini dibuat daripada tepung gandum dan majerin, kemudiannya disapu dengan pes tepung jagung atau tepung ubi dan digulung untuk dipotong halus. Hirisan halus doh dilenyek hingga nipis, digoreng dan disalut dengan gula aising.

Kuih Tiram oleh Mikayla.

SARAWAK – Penyaram

Dikenali juga sebagai Kuih Topi atau Mexican Hat dikalangan kaum Bumiputera Sarawak. Dibuat dengan adunan tepung gandum, tepung beras dan gula apong. Adunan kemudian diperap untuk 2 hingga 3 jam atau semalaman sebelum digoreng.

Penyaram oleh Dapur Yusfarisyia.

Dah puas cuti-cuti Kuih 1 Malaysia, kuih mana yang menjadi idaman hati untuk dicuba kali ini?

Boleh kongsikan bersama kami kuih pilihan anda dan hasil tangan di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: