Pada hari Isnin lepas, 30 Ogos 2021, iaitu sehari sebelum Hari Merdeka, salah seorang Cookpader kami iaitu Kakak Faa telah menjemput kami ke dapur beliau untuk menunjukkan kepada kami cara-cara memasak hidangan tradisi Patin Pais Poyok sempena sambutan Hari Merdeka yang ke-64 tahun. Kakak Faa ialah nama yang tidak asing lagi di kalangan komuniti Cookpad Malaysia dan beliau yang berasal dari Pahang sememangnya mahir memasak pelbagai hidangan tradisi negara ini. Jangan lupa ikuti kami di Cookpad Malaysia Community untuk lebih banyak lagi sesi memasak secara langsung di masa akan datang dan juga berita-berita terkini komuniti Cookpad Malaysia!


Tinggalkan Jawapan