Char Kuey Teow – Kering atau Basah?

Selalu menjadi tanda tanya dan sememangnya menjadi isu perdebatan rakyat Malaysia.🤭 Sebelum kita membuat kesimpulan masing-masing mari kita kaji lebih lanjut asal usul resipi Char Kuey Teow ini.

Char Kuey Teow ialah resipi masakan Cina yang berasal daripada Asia Tenggara. Char, dalam bahasa Hokkien bermaksud goreng dan bila digabung menjadi Char Kuey Teow ia membawa maksud Kuey Teow Goreng. Asalnya resipi ini dicipta untuk para pekerja buruh bangsa Cina yang berkerja di sekitar Asia Tenggara. Selalunya, dimasak dan dijual oleh para nelayan, petani atau penjual kerang pada waktu malam untuk mendapatkan pendapatan duit lebih.

Char Kuey Teow Chinese Style oleh ani skmn.

Bagi negeri yang majoriti masyarakat Cina berbangsa Hokkien seperti Pulau Pinang, Perak dan Sarawak, versi Char Kuey Teow mereka ialah versi kering. Kuey Teow digoreng pada suhu api yang tinggi, tempoh memasak yang cepat dan digoreng bersama dengan bawang putih, kicap pekat, kicap cair, pes cili, udang, kerang, telur, daun kucai, sosej Cina dan taugeh. Telur itik juga sering kali digunakan dan ia menambahkan rasa kelemakan dalam Char Kuey Teow.

Penang Char Kuey Teow oleh DyaKakgerl.

Orang Melayu juga tidak ingin ketinggalan, maka terciptalah Char Kuey Teow versi halal dan basah yang menepati citarasa mereka dengan cara masakan yang berbeza. Menggunakan bahan yang sama tapi berkuah yang dibuat daripada campuran cili kisar, kicap manis, kicap cair, sos tiram dan kuib ayam atau ikan bilis.

Char Kuey Teow oleh Sesimple Loralin.

Nama masakannya sama, tapi yang membezakan ialah cara masakan. Tepuk dada, tanya selera Char Kuey Teow yang mana satu menepati rasa tekak masing-masing.

Boleh kongsikan bersama kami versi Char Kuey Teow anda dan resipi di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: