10 Resipi dari 10 Negara Dengan Tepung Serbaguna

Nama glamor untuk Tepung Serbaguna ialah Tepung Gandum, mesti kenal kan? Seperti nama yang diberi, Tepung Serbaguna sememangnya tepung yang serba boleh diguna untuk pelbagai jenis resipi bukan sahaja untuk resepi masakan di Malaysia malah untuk resepi dari negara luar.

Tepung Serbaguna ialah hasil campuran gandum kasar dan halus dengan kandungan glutennya yang sederhana 12%, menjadikan ia sesuai digunakan untuk semua jenis kuih, kek dan sebagainya. Ia berwarna putih dan serbuk, tidak seperti tepung gandum yang berbutir dan ini memberikan tekstur lembut dan ringan pada makanan yang dibakar.

Pani Puri Mudah (bahan tempatan) oleh MinSha.

Kita mulakan ‘Trip around the world’ dengan Tepung Serbaguna di India dengan resipi Pani Puri. Juga dikenali dengan nama lain gol gappa atau puchka. Puri dibuat daripada campuran tepung semolina dan tepung maida tapi boleh digantikan dengan Tepung Serbaguna. Dibentuk sebagai bebola kecil, digoreng dan diisi dengan inti campuran kentang, bawang, kacang kuda, chutney dan boondi. Dicicah dengan air cicah ‘Teekha Pani’ yang diperbuat daripada daun pudina.

Di Vietnam, resipi popular menggunakan Tepung Serbaguna ialah Banh Cam. Bebola goreng disalut bijan, dibuat daripada campuran ubi kentang lenyek, tepung pulut, tepung serbaguna dan air dengan inti kelapa.

Banh Cam oleh Hana Hana.

Hotteok (Korean Sweet Pancakes) oleh Mizzanem.

Destinasi ketiga ialah Korea dengan resipi Hotteok. Doh untuk Hotteok dibuat daripada tepung serbaguna, air, susu, gula dan yis dan direhatkan untuk beberapa jam untuk kembang. Doh yang kembang kemudian dijadikan bebola dan diisi dengan inti gula perang, madu, kacang kisar dan serbuk kayu manis. Ditekan hingga menjadi leper di atas pan yang panas hingga kedua belah permukaan berwarna coklat keemasan.

Strawberry Crumble Bars oleh FZ Adzlin.

‘Strawberry crumble bars’ adalah salah satu pemanis mulut yang terkenal di England. Ia menggunakan tepung serbaguna, serbuk penaik, garam, gula, sebiji telur dan mentega sejuk untuk menghasilkan ‘crumble’ yang kemudiannya campuran strawberry dan gula diletakkan di atas dan dibakar sekali yang memberi tekstur biskut.

Swedish Waffles Rangup oleh Latipah Nawawi.

Negara Sweden terkenal dengan Swedish Waffle yang rangup. Campuran tepung serbaguna, serbuk penaik, mentega cair dan putih telur yang dipukul kembang, dimasak menggunakan waffle maker hingga berwarna kuning keemasan.

Petulla Albanian Fried Dough dari Albania dibuat daripada campuran tepung serbaguna, air suam, yis, gula dan telur, digoreng selepas doh direhatkan untuk sejam dan kembang. Doh yang digoreng dimakan dengan gula aising atau madu.

Petulla Albanian Fried Dough oleh Mahadiah Muda.

Beralih ke benua Afrika, Banana Puff Puff ialah salah satu resipi terkenal menggunakan tepung serbaguna dan pisang. Sama seperti resipi cekodok pisang kita, yang berbeza ialah yis ditambahkan ke dalam campuran doh dan digoreng selepas doh kembang.

Banana Puff Puff oleh YaNa Nye.

Satu lagi resipi terkenal di benua Afrika, berasal dari Afrika Selatan ialah Milk Tart. Doh tart diperbuat dari tepung serbaguna, mentega, telur, air dan serbuk penaik. Isinya menggunakan susu penuh krim, telur, tepung kustard dan gula, dibakar dan akhirnya ditabur dengan serbuk kayu manis.

Milk Tart (South Africa) oleh Sesimple Loralin.

Negara seterusnya, Spain yang terkenal dengan Churros. Adunan Churros dikenali sebagai pastri choux yang diperbuat daripada campuran mentega, air, tepung serbaguna dan telur yang kemudiannya digoreng dan disalut dengan gula dan serbuk kayu manis.

Churros oleh Dapur Yusfarisyia.

Pani Popo dalam bahasa Samoa membawa maksud Roti Kelapa. Yang istimewa dengan Pani Popo ini rotinya kosong yang dibuat daripada adunan tepung serbaguna, yis, mentega, telur dan gula tapi dibakar bersama sos kelapa manis.

Pani Popo oleh Cempaka Putih.

Resepi negara mana yang anda ingin cuba untuk minggu ini? Boleh kongsikan bersama kami ‘Comfort Food’ Malaysia anda dan resipi di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: