Selamatkan Bahan Layu Di Tasik Madu

Berbunga tajuk blog minggu ini. 🤭 Tapi sebenarnya fokus blog minggu ini ialah bahan masakan yang telah layu atau terlampau lama disimpan di peti sejuk dan lebihan makanan yang telah dimasak. Resipi apa yang boleh dimasak atau diubah suai dengan bahan layu di tasik madu ini?

Bahan lazim yang selalu terlebih bila masak ialah nasi. Kebiasaannya lebihan nasi dijadikan Nasi Goreng, Lempeng Nasi, Apam Nasi, Cucur Nasi, Tosei Nasi atau Serabai. Ada juga cara lain untuk gunakan lebihan nasi ini agar tidak menjadi arwah untuk Mr Tong.

Lebihan nasi boleh dijadikan Keropok Nasi Sejuk, resipi oleh Dapur Yusfarisyia. Serupa dengan keropok ikan tapi bahan utama yang digunakan ialah nasi sejuk dan tepung ubi untuk mendapatkan teksur keropok. Sesuai dijadikan snek minum petang sambil menonton Netflix.

Siapa sangka boleh buat kek dari lebihan nasi? Kek Nasi Kukus oleh Ummu Razin. Lebihan nasi diblend dengan gula, tepung jagung, telur, minyak masak, air suam dan serbuk koko. Kemudiannya, dikukus hingga masak dan diletakkan topping coklat di atas kek.

Lebihan lauk juga menjadi kebiasaan di rumah terutamanya bila ada kenduri atau parti hari jadi. Kegemaran ramai ialah ayam goreng KFC dan selalu berlebihan bila beli Bucket KFC. Salah satu resipi yang pernah viral menggunakan lebihan ayam KFC ialah Nasi Ayam KFC Jepun yang berpegang teguh dengan prinsip ‘Monttainai’. Resipi yang sungguh mudah dengan hanya menggunakan periuk nasi.

Nasi Ayam KFC Japanese Style oleh Mizzanem.

Bergedil KFC Leftover oleh Sesimple Loralin adalah salah satu cara terbaik untuk menggunakan lebihan makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng dan kentang putar.

Bila masak ikan dan selalunya bila ada lebihan, dipanaskan sebagaimana asal masakan ikan tersebut. Salah satu cara kreatif untuk mengubah suai lebihan masakan ikan ialah dengan menjadikan Serunding Ikan.

Serunding Ikan oleh KUZUKA by Jeehan.

Kentang putar ialah salah satu resipi senang untuk menyelamatkan kentang yang telah lama disimpan. Tapi lebihan kentang putar pun boleh diubah suai resipinya dijadikan salah satu bahan untuk Shepherd’s Pie seperti mana dalam resipi Shepherd’s Pie oleh Nana Isya.

Roti sememangnya mudah rosak dan kadang-kadang terlupa tarikh luput roti tapi sayang sebab banyak lagi dan belum berkulat. Boleh lagi diselamatkan dengan dijadikan Bread Casserol oleh Haliza Jeran yang menggunakan lebihan roti dan lauk daging.

Oktober merupakan bulan menyambut ‘World Food Day’ dan salah satu cara untuk meraikan ialah dengan menggurangkan pembaziran makanan dan bahan masakan. Dalam proses mengelakkan pembaziran sila pastikan lebihan makanan atau bahan masakan yang telah layu masih selamat untuk dimakan oleh anda dan keluarga anda.

Apakah resipi lain yang boleh dimasak dengan bahan layu atau lebihan makanan? Sila kongsikan bersama kami resipi Bahan Layu Di Tasik Madu anda dan resipi di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: