Mari Kongsi Rahsia Bahan Kekal Awet Muda

Selalunya bila pergi beli bahan segar di pasar raya, kadang-kadang merungut disebabkan kuantiti bahan segar itu dijual dalam kuantiti yang banyak dan telah dibungkus. Resipi masakan pula cuma perlukan 1/4 atau kurang dari kuantiti yang dijual, lebihan bahan itu selalunya disimpan hingga menjadi habuan tong sampah.

Kali ini, kita berkongsi rahsia untuk bahan kekal awet muda agar dapat mengurangkan pembaziran bahan masakan. Rahsia ini terbahagi kepada lima bahagian.

Pembekuan – AIS

Dapur orang Malaysia kena ada bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan cili. Kebanyakan resipi masakan mengunakan bahan kisar dan lebihan bahan kisar boleh disimpan untuk lebih lama dengan keadah membekukan bahan kisar tersebut. Mudah dan cepat untuk dibuat dan menjimatkan masa memasak di dapur seperti mana yang Aznie Khasri membuat Halia Kisar Frozen.

Menumis

Cili kisar boleh disimpan dengan 2 cara untuk tujuan agar ia tahan lebih lama. Cara pertama ialah dengan membekukan cili kisar sebagaimana dilakukan dengan bahan kisar lain. Cara kedua ialah dengan menumis cili kisar dengan sedikit minyak dan api yang kecil sebelum disimpan di dalam botol kaca seperti mana dilakukan oleh KUZUKA by Jeehan.

Jeruk – Air Garam atau Cuka

Salah satu cara untuk mengekalkan awet muda bahan masakan ialah melalui proses penjerukan. Bahan masakan jeruk yang digemari ramai ialah Telur Masin, terutamanya telur masin itik. Resipi salted egg buttermilk menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia dan ramai juga yang membuat telur masin sendiri di rumah. Resipi Telur Masin Homemade oleh Leeina Qaliena ini senang diikuti dan sememangnya kebersihan membuat telur masin sendiri di rumah terjaga.

Salai – Bara api atau Asap

Salai ialah proses pengawetan bahan makanan dengan menggunakan api atau bara api melalui proses penyahhidratan. Selalunya diaplikasikan dengan sumber protein seperti ikan, itik, ayam atau daging dan bahan makanan salai ini kena dimasak semula sebelum dimakan. Proses salai tradisional menggunakan bara api dan asap mengambil masa yang lama. Namun begitu Sesimple Loralin membuat Keli Salai menggunakan Air Fryer yang mengambil masa yang pendek dan tidak perlu menggunakan bara api yang memerlukan perhatian sepanjang masa.

Jem – Gula

Gula boleh digunakan untuk mengawet bahan agar tahan lebih lama seperti membuat jem. Pelbagai jenis buah boleh dijadikan jem dan proses membuat nya adalah sama. Noor Atiqa Mahamood membuat Homemade Pineapple Jam dengan menggunakan nanas yang telah masak, dikisar dengan sedikit air dan dimasak dengan gula, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga likat dan mencapai tekstur jem yang diinginkan.

Anda mempunyai rahsia lain untuk bahan kekal awet muda? Sila kongsikan bersama kami rahsia anda di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: