Wahai Cookpaders, Terimalah Bahan Daku Seadanya

Dah beria cari resipi kat Cookpad, nak masak baru sedar yang ada bahan dah kehabisan kat rumah. Nak keluar beli, malas pula. Masa ini lah bahan gantian menjadi watak utama resipi masakan.

Mesti ramai kenal roti paratha segera yang senang untuk didapati di pasar raya atau kedai runcit. Ia boleh dijadikan bahan gantian untuk pastri puff atau doh pizza, menjimatkan masa dan serba boleh digunakan untuk pelbagai resipi.

Di sini, satu resipi yang menggunakan roti paratha segera sebagai doh pizza, Paratha Pizza oleh Sharmila Shariff. Tak payah nak uli doh dan sentiasa terbukti berjaya.🤭 Sos dan topping pizza terpulang kepada citarasa masing-masing. Taburkan sebanyak mana keju di atas topping dan bakar dalam oven untuk 10-15 minit hingga roti berwarna kekuningan dan keju cair.

Portuguese Egg Tart Paratha oleh Leeina Qaliena, menggunakan roti paratha segera sebagai ganti untuk pastri puff. Proses membuat pastri puff dari awal boleh mengambil masa dan kena mempunyai kemahiran untuk menguli doh. Roti paratha memberi tekstur yang sama seperti pastri puff, boleh dibakar di dalam oven atau menggunakan air fryer. Senang kan?

Idea kreatif untuk menggantikan bahan masakan selalunya mengambil tempat bila keadaan terdesak. 😅 Siapa sangka kacang panggang dalam tin boleh digunakan untuk menggantikan sos bolognese? Macaroni Bolognese Baked Bean oleh Cempaka Putih boleh dijadikan rujukan sekiranya tiada stok sos bolognese di rumah.

Resipi Mushroom Soup Spaghetti oleh Sesimple Loralin, menggunakan sup cendawan segera sebagai gantian untuk sos carbonara. Ini sememangnya menjadikan proses memasak pasta carbonara lebih cepat dan senang dan tiada ruang untuk gagal.

Rice paper sememangnya dikenali sebagai salah satu bahan asas untuk masakan Vietnam, terutamanya Vietnamese Spring Rolls. Disebabkan oleh teksturnya yang kenyal bila lembut, ia boleh digunakan sebagai bahan gantian untuk membuat tteokbokki yang menjadi viral di Jepun beberapa bulan lalu. Norashikin Rahmat berkongsi resipi Rice Paper Tteokbokki, senang untuk dibuat dan murah jika dibandingkan dengan membeli produk beku tteokbokki segera.

Satu lagi cara kreatif menggunakan rice paper ialah Resipi Chee Cheong Fun oleh Mizzanem. Memudahkan proses memasak hanya dengan menggulung rice paper dengan inti dan dikukus.

Tercetusnya idea kreatif untuk menggunakan bahan gantian sekiranya kekurangan bahan asal dalam resipi masakan boleh menjadikan proses memasak lebih seronok dan hasilnya setaraf atau lebih memuaskan hati jika dibandingkan dengan resipi asal. Bahan gantian juga selalunya lebih murah dan senang untuk didapati, ini membolehkan para tukang masak di rumah menjimatkan masa memasak di dapur dan lebih masa untuk menikmati hasil masakan mereka dengan keluarga dan rakan-rakan di rumah.

Jika anda mempunyai idea kreatif lain menggunakan bahan gantian berkonsepkan ‘Terimalah Bahan Daku Seadanya’ , sila kongsikan bersama kami idea anda di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: