Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki Akan Ku Masak

Tajuk blog macam ayat cinta pula.😅 Sememangnya ayat cinta kepada bahan masakan. Selalunya bahan masakan yang boleh dimasak seluruh bahagian, dari hujung rambut hingga hujung kaki ialah sayuran. Tapi sayuran apa dan bagaimana cara masakan selalu menjadi tanda tanya. Di sini tersenarai 5 jenis sayuran dan 10 resipi masakan kreatif yang boleh dicuba.

KOBIS

Daun kobis boleh dikukus hingga lembut dan digunakan sebagai pengganti rice paper atau kulit popiah. Tidak perlu dihiris atau dibuang kulit, setiap bahagian boleh dimakan. Boleh cuba resipi Kobis Roll oleh Mahadiah, salah satu resipi sihat kerana kurang berminyak dan menggunakan teknik kukus untuk memasak. Anda boleh menggunakan inti kegemaran masing-masing untuk resipi ini. 😉

Okonomiyaki atau lebih dikenali sebagai penkek Jepun menggunakan kobis sebagai bahan utama. Seperti mana juga dalam resipi Okonomiyaki oleh Rina. Kobis dihiris halus, digaul dengan sayuran lain dengan campuran tepung dan air. Sesuai dijadikan resipi untuk menghabiskan sayuran di dalam peti sejuk yang hampir layu.

UBI KENTANG

Boleh dimakan dengan kulit atau tanpa kulit, si ubi kentang. Sesungguhnya sedap dan senang resipi Baked Potato oleh FZ Adzlin. Kentang direbus terlebih dahulu dengan kulitnya, isi kentang kemudian dilenyek dan dicampur dengan bahan lain untuk dijadikan inti. Inti itu kemudiannya diisikan kembali ke dalam tempurung kentang tadi dan dibakar, sama ada menggunakan air fryer atau oven.

Siapa tak suka kentang goreng, sama ada french fries atau wedges? Wedges menggunakan seluruh bahagian kentang termasuk kulitnya sekali. Sedap untuk menjadi kudapan seperti mana resipi Garlic Roasted Potato oleh Kuzuka by Jeehan. Boleh dimasak menggunakan air fryer dan lebih sihat kerana tidak perlu digoreng dengan minyak.

TIMUN

Timun selalu memberi rasa ‘Fresh’ dalam resipi masakan kerana boleh dimakan begitu sahaja tanpa dimasak. Menjadi sayur kegemaran para ibu kerana menjimatkan masa memasak di dapur. 😁

Kedua- dua resipi – Kerabu Daging Rebus & Timun oleh Erna Hezreen dan resipi Acar Jelatah oleh Nor Al Fatihah, mengunakan timun dengan kulitnya dan tanpa perlu dimasak.

BENDI

Dikategorikan sebagai sejenis kacang dan ada yang percaya bendi dan asam pedas tidak dapat dipisahkan. Hanya perlu dibuang hujungnya dan boleh dimasak sebatang begitu saja tanpa dihiris. Begitu lah resipi Asam Pedas Bendi oleh theduch.ess. Boleh dicuba bila teringin nak makan asam pedas. Pasti berselera bila makan dengan nasi putih.

Bendi juga boleh dicelur, dijadikan sebagai ulaman dan dimakan dengan sambal belacan. Resipi Sambal Bendi Nyonya Style oleh Nur Azliani Amer, merupakan resipi masakan terkenal di kalangan kaum Baba Nyonya. Kalau malas nak masak sambal sendiri, boleh je guna sambal udang kering di dalam botol yang dijual di pasar raya. 😉

LOBAK MERAH

Mesti semua kenal dan pernah makan ‘Carrot Cake’ kan? Lobak merah merupakan bahan utama, dikisar atau dihiris halus sekali dengan kulitnya. Resipi Carrot Cake oleh Hafiza Muaddah mempunyai kelainan tersendiri disebabkan oleh hirisan biskut Pocky yang ditambah ke dalam adunan kek untuk memberi kerangupan. Menarik kan?

Lobak merah yang dikisar halus boleh dicampur dengan isi ikan/udang mahupun daging atau ayam dan dijadikan bebola. Boleh dimasak atau dibakar dan makan dengan sos kegemaran. Bebola carrot boleh juga dikukus dan dimasukkan ke dalam sup seperti resipi Oden Rumpai Laut Bersama Bebola Carrot oleh Zleq Kha. Sesuai untuk dinikmati bila cuaca sejuk dan musim hujan seperti sekarang.

Apa lagi sayuran atau bahan masakan yang kita boleh masak dari hujung rambut hingga hujung kaki? Sila kongsikan bersama kami idea anda di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: