Perkhidmatan Cookpad Premium Mendarat Di Malaysia, Oktober 2021

Seperti Slow Motion Button yang ada di kamera handphone kita, begitulah juga hidup kita terjejas dengan Covid19. Untuk 20 bulan, bermulanya dari bulan Mac 2020 hingga October tahun ini, kita mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan. Macam-macam dugaan dan cabaran yang kena hadapi bila terperuk kat rumah dan cabaran paling besar ialah – Nak masak apa hari ini? Yang bujang atau yang dah berkahwin, isteri suami, ibu ayah semua terjejas dengan soalan cepu emas it.

Bukan senang nak masak setiap hari di rumah dan mencari resipi yang terbukti sedap dan senang untuk diikuti. Ramai yang merujuk kepada resipi di Cookpad tetapi boleh menjadi keliru dengan bilangan resipi yang diterbitkan dan mana satu yang boleh dipercayai agar tidak gagal. Kini dengan perkhidmatan terbaru Cookpad iaitu COOKPAD PREMIUM, boleh membantu para tukang masak di rumah untuk memilih resipi yang terbukti sedap dan berjaya untuk hidangan sekeluarga.

Apakah itu Perkhidmatan Premium Cookpad?

Premium ialah perkhidmatan berbayar Cookpad yang menjadikan pencarian resipi lebih mudah dan cepat dengan memaparkan resipi-resipi yang paling digemari komuniti. Fungsi tambahan juga termasuk penapis carian yang lebih terperinci, simpanan resipi tanpa had, akses eksklusif ke Hall of Fame serta lencana emas Premium di gambar profil anda.

Bagaimanakan caranya untuk menjadi Ahli Premium?

Cara paling mudah untuk menjadi ahli Premium ialah dengan pergi ke tab Carian, tekan pada ikon Premium dan ikuti arahan selanjutnya di skrin untuk mula melanggan.

Apakah keistimewaan Cookpad Premium?

Keistimewaan pertama Cookpad Premium ialah Hall Of Fame.

Hall of Fame ialah ruang penganugerahan untuk memaparkan dan meraikan resipi yang paling digemari oleh ahli komuniti. Semua resipi mempunyai peluang yang sama rata dan setiap resipi yang memperolehi 10 atau lebih Cooksnap layak memasuki Hall of Fame.

Keistimewaan kedua Cookpad Premium ialah Resipi Popular.

Resipi popular terdiri daripada resipi yang telah dicuba, dinikmati dan digemari oleh komuniti Cookpad. Kebiasaannya, resipi yang lengkap dan mudah difahami akan lebih kerap dirujuk oleh ahli komuniti, dan oleh itu akan lebih berpeluang untuk muncul sebagai resipi popular.

Keistimewaan ketiga Cookpad Premium ialah Simpanan Resepi Tanpa Had.

Simpanan resipi tanpa had ialah salah satu kelebihan langganan Premium. Sebagai ahli komuniti bukan Premium, anda boleh melihat 60 resipi yang terkini anda simpan. Untuk melihat keseluruhan koleksi resipi simpanan anda, anda hanya perlu melanggan perkhidmatan Premium kami.

Kesemua ciri istimewa Cookpad Premium ini dapat membantu ahli komuniti Cookpad untuk menjimatkan masa memasak dan kurangkan kekeliruan dalam memilih resipi dengan memaparkan resipi masakan yang terbukti berjaya di kalangan ahli komuniti. Misi Cookpad adalah untuk menjadikan aktiviti memasak setiap hari sesuatu yang lebih menyeronokkan untuk semua di serata dunia. Tawaran pilihan premium ini adalah salah satu cara Cookpad mencapai misi tersebut apabila lebih ramai lagi ahli yang berjaya mencari dan memasak sendiri hidangan yang enak dengan mudah.

Tunggu apa lagi? Langganilah Cookpad Premium untuk RM6.90 sebulan dan cuba untuk sendiri keistimewaan Cookpad Premium untuk pengembaraan memasak anda di rumah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: