Pembayaran Langganan Cookpad Premium Service

Cookpad Premium Service mendarat di Malaysia pada hujung bulan Oktober 2021 dan boleh dilanggan melalui Google Play Store untuk Android dan Apple App Store untuk IOS. Harga langganan sebulan yang bernilai RM6.90 dengan 3 ciri istimewa yang bertujuan untuk menolong para tukang masak di rumah untuk menjadikan aktiviti memasak setiap hari sesuatu yang menyeronokkan.

Langganan Cookpad Premium boleh dibayar dengan 3 kaedah pembayaran – Kredit/Debit kad, Touch & Go e-Wallet dan melalui prabayar atau pasca bayar nombor telepon mudah alih anda untuk pengguna IOS.

Cara untuk menguruskan pembayaran langganan di IOS:

  1. Klik pada ‘Seting’
  2. Klik pada profil Apple ID anda.
  3. Klik pada ‘Bayaran dan Penghantaran’. Akan tertera di skrin anda, kaedah pembayaran sama ada kredit/debit kad, Touch&Go e-Wallet atau nombor telephone.
  4. Pilih kaedah pembayaran anda dan ikut arahan yang tertera di skrin anda.

Untuk para pengguna Android, terdapat 4 kaedah pembayaran untuk langganan Cookpad Premium. Sama seperti 3 kaedah pembayaran yang sedia ada untuk IOS, Android mempunyai satu kaedah pembayaran tambahan iaitu melalui kredit Google Play.

Cara untuk menguruskan pembayaran langganan di Android:

  1. Klik pada ‘Play Store’.
  2. Klik pada profil anda.
  3. Klik pada bahagian ‘Bayaran dan Penghantaran’.
  4. Pilih kaedah pembayaran anda dan ikut arahan yang tertera di skrin anda.

Misi Cookpad adalah untuk menjadikan aktiviti memasak setiap hari sesuatu yang lebih menyeronokkan untuk semua di serata dunia. Tawaran pilihan premium ini adalah salah satu cara Cookpad mencapai misi tersebut apabila lebih ramai lagi ahli yang berjaya mencari dan memasak sendiri hidangan yang enak dengan mudah.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Cookpad Premium atau kaedah pembayaran, sila hubungi kami di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community kami. Anda juga boleh klik pada bahagian ‘Hubungi Kami’ di laman blog ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: