10 Idea ‘Meal For 1’

Sesungguhnya idea untuk memasak ‘Meal For 1’ tidaklah sesenang yang disangkakan. Malahan lebih payah untuk memasak hidangan seorang jika dibandingkan memasak untuk sekeluarga atau potluck disebabkan oleh sukatan dan pembaziran lebihan bahan masakan. Ada pula yang memasak untuk seorang dengan memilih untuk memasak sekaligus bahan masakan dan makan hidangan yang sama sehingga habis untuk mengelakkan pembaziran. šŸ˜…

Antara bahan masakan yang berguna untuk memasak hidangan seorang ialah roti, telur, mi segera, chicken chop, nasi impit, hirisan ikan atau fillet ikan, fillet ayam, cendawan, ikan bilis, brussels sprouts dan banyak lagi. Tips untuk mengelakkan pembaziran bahan masakan apabila memasak untuk seorang ialah membeli bahan masakan yang boleh diguna dengan kuantiti satu atau dua atau kuantiti yang kecil bila memasak seperti bahan-bahan di atas. Seseorang juga harus kreatif dengan menggunakan lebihan bahan masakan dengan memasak resipi yang berbeza supaya tidak bosan dengan hidangan yang sama.

Wanpaku Sando ialah sandwic Jepun yang pernah viral sekitar tahun 2015/2016. Resipi sandwic ini menggunakan 4-5 bahan yang bermacam warna dan disusun dengan cara:

  1. Bahan paling nipis dibawah seperti daun salad, keju, tomato
  2. Bahagian tengah sandwic pula untuk bahan tebal seperti telur rebus, daging burger
  3. Bahagian atas diisi dengan hirisan kobis atau lobak untuk mengisi ruang kosong diantara bahagian tengah dan atas sandwic

Selepas disusun, balut dengan plastic wrap dengan ketat dan kemudiannya dengan kertas minyak (parchment paper). Boleh rujuk kepada resipi Wanpaku Sando Beef oleh KUZUKA by Jeehan.

Roti John Sardin oleh Kakak Faa ini sesuai dijadikan Meal for 1 untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Inti untuk Roti John boleh diubah suai dengan apa yang ada di dapur anda – sosej, telur dadar, kepingan daging burger atau salami, loaf ayam dan bermacam lagi mengikut selera anda. Kos untuk membuatnya pun murah.

Telur menjadi teman setia bila memasak untuk hidangan kuantiti yang kecil. Seperti resipi Korean Egg Roll oleh Nor Al Fatihah, ia boleh dimakan begitu saja atau ditemani dengan nasi putih panas, mi segera atau roti bakar.

Siapa sini tak kenal mi segera yang menjadi peneman setia Meal for 1? Bila berseorangan di rumah dan ketandusan idea nak masak apa, mi segera selalu menyelamatkan perut yang tengah lapar kerana ia cepat dan senang dimasak. Boleh cuba resipi Maggi Kari Goreng Ala Mamak oleh Leeina Qaliena jika datangnya semangat rajin memasak atau ada lebihan bahan masakan di dapur.

Jika anda di rumah mempunyai hot plate, sila cuba resipi Yee Mee oleh irar. Sukatan resipinya sesuai dengan hidangan untuk seorang dan pastinya menjadi hidangan yang menyelerakan terutamanya pada malam yang sejuk.

Ada juga yang nak ambil peluang bila masak untuk seorang nak cuba diet atau fokus nak makan makanan sihat. Sebab bebas nak masak apa, tak payah nak layan permintaan anak-anak atau suami. Resipi Deep Fried Cauliflower & Tempeh oleh theduch.ess ini sesuai dimakan dengan nasi atau diratah begitu saja.

Lagi satu resipi sihat yang boleh dicuba ialah resipi Caramelised Tofu Rice Bowl oleh Ani Delighted. Menggunakan tofu sebagai sumber protein untuk menggantikan daging dan dipasangkan dengan brokoli dan lobak merah, sememangnya hidangan Meal For 1 yang sihat.

Satu lagi bahan yang sesuai untuk Meal for 1 ialah chicken chop kerana ia dijual di pasar raya dengan kuantiti yang kecil seperti sekeping dua atau boleh dijadikan stok di rumah dengan membeli paket besar. Ianya senang kerana boleh dimasak sekeping dan telah dibuang tulang. Resipi Grilled Chicken With Black Pepper Mushroom Sauce oleh FZ Adzlin sememangnya senang dimasak dan sukatan yang tepat untuk hidangan seorang.

Bila anda melalui bahagian menjual makanan laut di pasar raya, anda pasti melihat ikan salmon dijual sekeping besar atau beberapa keping kecil di dalam satu paket. Resipi Sweet Ginger Salmon with Plum Sauce oleh Nab’s Kitchen Diaries ini menggunakan kepingan kecil salmon dan diperap dengan sos buah plum memberikan rasa oriental kepada hidangan ini.

Susahnya nak dapat sukatan yang tepat bila nak masak nasi untuk sekali makan atau hidangan untuk seorang, sentiasa ada lebihan nasi. Apa lagi resipi yang boleh buat dengan lebihan nasi kalau bukan nasi goreng. Keistimewaan resipi Nasi Goreng Korek oleh Lily Suryani ini bukan sahaja boleh makan nasi goreng tapi kena korek untuk dapatkan lauk yang tersembunyi di tengah nasi goreng. Macam best kan?

Semoga anda mendapat inspirasi untuk memasak Meal For 1 daripada 10 idea yang tersenarai di atas. Kebijaksanaan membeli barang dapur dan perancangan masakan kena ada apabila memasak dalam kuantiti yang kecil terutamanya bila kebanyakan harga barang dapur kian naik kini. Sila kongsikan bersama kami resipi yang telah anda cuba atau resipi lain Meal For 1 yang anda rasa boleh membantu diĀ Cookpad MalaysiaĀ dan juga group FacebookĀ Cookpad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: