Titisan Hujan Manis Kehidupan

Bukan kisah cinta ye tapi kisah Raindrop Cake yang berasal dari Jepun dan dikenali sebagai Mizu Shingen Mochi. Ianya evolusi dari pencuci mulut tradisional Jepun, Shingen Mochi yang diperbuat daripada tepung beras dan gula.

Japanese Raindrop Cake oleh Nurul Kefftya.

Mizu ialah air, dimana agar-agar dimasak dengan air dan dibentuk di dalam bekas yang separa bulat dan dibekukan di dalam peti sejuk. Apabila agar-agar itu dikeluarkan dari bekas, ia seumpama titisan hujan yang jernih dan dihidangkan dengan kuromitsu (sirap gula Jepun) dan kinako (tepung kacang soya).

Raindrop Cake with Caramel Lactel Syrup oleh Mamamikael Oven.

Kuromitsu atau sirap gula boleh dibuat menggunakan bahan tempatan seperti gula melaka atau gula apong yang terkenal di Sarawak. Boleh juga menggunakan gula pasir biasa atau jika ingin menjimatkan masa, sos karamel yang dijual di pasaraya juga boleh digunakan.

Kinako ialah tepung kacang soya. Ia boleh diganti dengan serbuk kacang tanah, badam, serbuk milo atau horlicks.

Mixed Fruits Raindrop Cake oleh mamy_kitchen89.

Terpulang kepada kreativiti masing-masing, pencuci mulut ini serba boleh diubah mengikut citarasa dan perasa yang diingini. Ditambah dengan hirisan buah menjadikan ia lebih sedap dan memberikan perasa yang berlainan daripada versi original pencuci mulut ini.

Pencuci mulut ini boleh dihidangkan sebagai Special Dessert di parti makan malam seperti di restoran makanan Jepun. Bukan sahaja bahan-bahannya senang untuk didapati tapi juga senang untuk dibuat. Untuk lebih banyak versi Raindrop Cake ini, boleh gunakan bar carian di laman web atau aplikasi telefon Cookpad.

Titisan Hujan Mango Rose oleh Aznie Khasri.

Apakah versi Raindrop Cake yang ingin anda cuba? Sila kongsikan bersama kami di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: