Wanton, Isi Apa Best?

Tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut Hari Tahun Baru Cina. Bukan sahaja rakyat yang berbangsa Cina malahan rakyat Malaysia yang berbilang kaum turut bersama menyambut Tahun Baru Cina. Semestinya makanan Cina menjadi tumpuan sambutan perayaan ini.

Sering kali dihidangkan semasa Tahun Baru Cina, wanton goreng juga dikenali sebagai ‘Money Bags’. Dikatakan ia membawa tuah kerana rupa bentuknya seperti dompet yang digunakan untuk menyimpan emas dan perak oleh orang Cina pada zaman dinasti. Resipi Money Bags oleh Cg Zila Zoom menggunakan telur burung puyuh yang dibalut dengan isi kentang dan daging kisar.

Resipi yang mudah dengan minimum bilangan bahan utama antaranya kulit wonton dan isi ayam atau udang seperti resipi Wanton Goreng Homemade oleh Norida Alias. Menggunakan kulit wanton yang boleh dibuat sendiri atau dengan cara shortcut, membeli yang siap sedia dijual di kedai atau pasar raya. Isinya boleh menggunakan kreativiti masing-masing dan dengan bahan yang senang didapati di rumah atau di pasaran.

Resipi Crab Rangoon yang tengah viral sekarang menggunakan isi ketam yang dicampur dengan cream cheese dan digoreng hingga rangup. Kulitnya garing dan isinya sedap berlemak menjadikan ia kegemaran ramai terutamanya di kalangan kanak-kanak dan pengemar makanan bergoreng dan keju. Boleh rujuk resipi Crab Rangoon oleh Sesimple Loralin jika ingin mencuba resipi yang tengah viral ini.

Ada yang mencuba membuat isi wanton dengan makanan segera atau makanan di dalam tin seperti mana Hafiza Muaddah membuat Wanton Goreng Tuna menggunakan isi tuna pedas di dalam tin.

Bebola ikan juga boleh dijadikan isi wanton seperti dilakukan oleh Mizzanem. Menggurangkan masa untuk membuat isinya dan senang untuk dibalut dengan kulit wanton.

Kulit wanton boleh juga digunakan untuk membalut sosej seperti yang dilakukan oleh Leesa Alif atau cendawan enoki seperti Norashikin Rahmat.

Wanton goreng boleh dijadikan bahan sampingan dengan mi kicap sebagai pelengkap hidangan. Mi wantan atau mi telur dicelur dengan air panas dan digaul rata dengan kicap cair. Ditambah dengan ayam kicap yang dipanggang, wanton goreng serta sayur pak choy yang telah dicelur. Maka siaplah hidangan Mee Wantan Lazat seperti mana yang dibuat oleh Ell Sakimin. Sesuai dijadikan hidangan makan tengah hari atau malam.

Sekiranya anda tak pasti nak masak hidangan apa pada cuti awam Tahun Baru Cina nanti, bolehlah cuba salah satu resipi wantan yang dipaparkan di sini. Boleh juga gunakan tab carian di laman web atau aplikasi telefon Cookpad Malaysia untuk mencari lebih banyak resipi wanton. Sila kongsikan bersama kami di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community resipi yang telah anda cuba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: