Adakah anda salah seorang yang sering merujuk kepada isi kandungan peti sejuk anda untuk mencari idea memasak?
Ataupun anda seorang yang seringkali terlupa untuk menggunakan bahan-bahan yang anda telah beli sehinggakan ia terbiar layu atau luput di dalam peti sejuk anda?
Sebagai Misi Pertama dalam Cabaran CookRace, Fridge Moment mengajak anda memasak menggunakan apa yang sedia ada di dalam peti sejuk anda! Ini sekaligus mengelakkan pembaziran kerana anda memanfaatkan apa yang sudah pun ada dalam dapur anda sebelum ianya luput begitu sahaja.
Adakah anda sudah bersedia untuk memulakan CookRace 2022? Jom mulakan dengan Misi Fridge Moment!
Langkah 1: Buka peti sejuk anda dan lihat apa yang ada di dalamnya.

Langkah 2: Pilih dan keluarkan bahan-bahan yang anda ingin gunakan. Contoh: telur, tomato, bawang dan cili.

Langkah 3: Buka aplikasi Cookpad di telefon pintar anda dan tekan pada tab bertanda 🔍 . Kemudian, taip “telur tomato bawang cili” di bar carian (search bar) dan tekan “Enter”.

Langkah 4: Pilih daripada resipi yang tersenarai, masak dan hantar resipi ke Fridge Moment dengan menekan butang “Hantar Resipi“. Jangan lupa hantar Cooksnap kepada tuan punya resipi juga!

Dengan menyertai Fridge Moment, anda juga berpeluang mempelajari sesuatu yang baharu dan mungkin tidak terlintas di fikiran anda sebelum ini, seperti resipi baharu, teknik memasak baharu dan belajar bagaimana membuat pelbagai hidangan daripada bahan-bahan yang sama!
Cookpad Fridge Moment 1: Bahan Biasa, Resipi Tak Terduga
Cookpad Fridge Moment 2: Bahan Sama, Resipi Pelbagai Aneka
Jom korek apa yang ada di dalam peti sejuk anda dan sertai CookRace hari ini! 1-2-MULA!

Tinggalkan Jawapan