Cepat, Senang & Sedap Dalam Masa 10minit

Masa itu emas, terutamanya bila kebanyakkan di kalangan kita kembali berkerja di pejabat masing-masing dan anak-anak kembali ke sekolah secara fizikal. Inilah masanya resipi cepat, senang dan sedap dalam masa 10minit menjadi buruan ramai tukang masak di rumah.

Nasi goreng ialah salah satu resipi yang boleh disiapkan dalam masa 10minit. Terpulang dengan citarasa masing-masing atau apa yang ada di dapur boleh dijadikan bahan untuk nasi goreng. Seperti resipi Nasi Goreng Telur Bawang Putih oleh Salina Jalaludin, menggunakan 2 bahan penting yang selalu ada di dapur iaitu telur dan bawang putih. Ianya sesuai juga dijadikan bekal atau hidangan untuk anak-anak.

Salah satu bahan kering kegemaran rakyat Malaysia, bihun. Dijual dengan harga yang berpatutan dan dalam kuantiti yang banyak. Seperti juga nasi goreng, bihun goreng juga boleh dimasak dengan menggunakan bahan basic yang ada di dapur. Ariey Rieyna memasak Bihun Goreng Kicap dengan kicap manis dan kicap masin bersama daging cincang dan sayur sawi.

Baru-baru ini resipi 10minutes Garlic Chili Oil Noodles viral di laman media social. Boleh dibuat dengan bermacam jenis mi sama ada ingin menggunakan ramen, udon, pan mi atau mi maggi. Campuran kicap cair, kicap pedas, minyak cili, bawang putih dan minyak panas digaul dengan mi pilihan masing-masing. Sedap dimakan begitu saja atau dengan hidangan sampingan seperti wantan goreng.

Creamy Mash with Grilled Sausages oleh Hafiza Muaddah juga salah satu hidangan yang boleh disiapkan dalam masa 10minit dan sesuai untuk sarapan pagi. Anak-anak semestinya suka kerana adanya sosej dan juga mengengyangkan dengan adanya kentang putar.

Siapa yang tak suka telur goreng? Bukan saja senang dimasak dan sedap malahan juga dijadikan sumber protein kerana mudah didapati dan murah. Sedap dimakan dengan nasi putih, resipi Telur Mata Kicap Pedas oleh Nor Al Fatihah. Satu lagi hidangan yang boleh membuka selera dan sedap dimakan dengan nasi putih atau bubur nasi, Ikan Bilis Goreng Cili Api oleh Akak Phop. Sememangnya puas hati dengan hidangan yang sesimple ini.

Makanan dalam tin juga boleh membantu mengurangkan masa memasak dan hidangan boleh siap dalam masa 10minit. Bolehlah mencuba resipi Sambal Sardin Goreng Cili Api Kentang oleh FZ Adzlin untuk kelainan versi makanan dalam tin. Azizah Mansor pula menambah terung ke dalam hidangan kari ayam dalam tin.

Tofu, salah satu bahan yang boleh dimasak dalam masa 10minit atau kurang. Seperti resipi Steamed Soft Tofu oleh YaNa Nye boleh siap dalam masa 7 minit dan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah. Sayur Pak Choy juga boleh dimasak dengan cepat dan resipi yang simple seperti resipi Siew Pak Choy oleh ani skmn yang cuma memerlukan sos tiram dan sayur dicelur dengan air panas.

Sememangnya banyak resipi di luar sana yang mudah dan cepat untuk anda cuba dengan hanya menggunakan bahan basic yang ada di dapur. Bukan hanya menjimatkan masa malah kosnya yang murah penting terutamanya sekarang bila harga barangan dapur semakin hari semakin mahal. Dengan memasak hidangan di rumah boleh membantu mengurangkan kos hidup dan lebih banyak wang boleh dilaburkan dalam simpanan. Sila kongsikan bersama kami di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community resipi yang telah anda cuba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: