Tips Berguna Di Dapur

Pengguna tegar Cookpad sama ada di laman web atau di aplikasi telefon pasti tahu bahawa ada ruang Tip Berguna Di Dapur di mana Cookpaders boleh berkongsi tips masakan, bahan atau ‘tricks’ untuk menjadikan proses memasak lebih senang dan cepat. Untuk pengguna baru Cookpad di sini dikongsi bersama tips yang tip top untuk anda cuba.

Paparan Tip Berguna di Dapur di laman web Cookpad Malaysia.

Seperti rempah tiga sekawan, ada lagi geng tiga sekawan yang semestinya kena ada dalam peti sejuk. Geng tiga sekawan itu ialah halia, kunyit dan lengkuas. Tiga sekawan ini mudah rosak dan selalu dijual dalam kuantiti yang banyak tapi digunakan hanya sedikit dalam masakan. Mahadiah berkongsi cara untuk menyimpan tiga sekawan ini agar tahan lebih lama dalam ruangan Tips Berguna Di Dapur Cookpad Malaysia.

Bagi yang mengemari tauhu air atau tauhu putih, kena tahu tip untuk menyimpan tauhu agar tahan lebih lama. KAM berkongsi caranya untuk menyimpan tauhu agar tahan lebih lama. Boleh cuba ni di rumah dengan klik di sini.

Anur Musa berkongsi cara untuk bagi cili atau rempah cukup masak. Tip ini sememangnya sangat berguna apabila memasak resipi yang menggunakan banyak cili atau rempah seperti kari, ayam masak merah dan banyak lagi. Kena pastikan cili atau rempah masak secukupnya untuk mengelakkan sakit perut atau cirit birit apabila dimakan.

Kelapa parut sememangnya mudah basi terutamanya bila terdedah dengan suhu bilik atau cuaca panas dan dari kelapa parut, hasilnya santan yang berlemak. Kelapa parut sering kali dijual dalam kuantiti yang banyak dan ada resepi cuma memerlukan santan yang sedikit. Julia ALeen berkongsi cara untuk simpan dari kelapa parut agar tahan lebih lama. ,klik di sini.

Bagi peminat sushi, Elley Ana berkongsi cara untuk membuat sushi. Tips penting seperti cara untuk menggulung sushi berserta dengan gambar boleh membantu Cookpaders lain yang ingin mencuba untuk membuat sushi di rumah.

Tips menggulung sushi oleh Elley Ana.

Bila bercakap pasal bubur, memang akan teringat Bubur Mekdi. Nasi buburnya yang hancur menjadikan ia sedap dan senang untuk dimakan. Tapi bila masak sendiri kat rumah, selalunya tak dapat tekstur bubur hancur itu. Kakak Faa ada tip untuk mendapatkan tekstur bubur nasi yang sama seperti bubur Mekdi.

Ikan bilis garing pilihan ramai, sedapnya bila diratah begitu saja atau menjadi teman nasi lemak. Tapi tak selalu berjaya mendapat kerangupan ikan bilis disebabkan oleh teknik menggoreng yang tak betul. Ain Mohd Kitchen berkongsi tip arwah neneknya untuk ikan bilis garing krup krap.

Tidak boleh dinafikan orang Malaysia suka makanan bergoreng dan banyak menggunakan minyak untuk menggoreng. Tapi ramai juga di antara kita yang tidak tahu cara yang betul atau sesuai untuk membuang lebihan minyak. Membuang lebihan minyak di dalam sinki akan menjadikan sinki tersumbat dan menambah masalah di dapur. Cara imel membuang minyak berlebihan patut diikuti dan dia sertakan tips untuk kita cuba bersama.

Tips-tips ini boleh membantu ramai menjimatkan wang dan bahan serta mengurangkan kesukaran bila memasak di dapur. Terdapat lebih banyak tips di ruang laman web Tips Berguna di Dapur Cookpad Malaysia untuk anda cuba. Anda juga boleh berkongsi tips anda di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community. Mari jadikan aktiviti memasak setiap hari menyeronokkan!🤗

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: