Ramadhan Bersama Cookpad Premium

Mesti ramai yang teruja untuk menyambut Ramadhan, bulan yang mulia bersama keluarga dan rakan-rakan. Berbeza rasanya tahun ini kerana tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti Ramadhan dua tahun lepas. Boleh berbuka puasa di luar atau membeli makanan dari bazaar Ramadhan di kawasan perumahan anda.

Namun masih ada juga yang ingin memasak di rumah untuk keluarga dan rakan-rakan yang berkunjung ke rumah untuk berbuka puasa. Semua sedia maklum harga barang dapur kini telah naik harga dan ia pasti akan mempengaruhi harga makanan yang dijual di bazaar Ramadhan. Ada kalanya lebih berbaloi menyediakan juadah berbuka puasa sendiri di rumah.

Inilah masanya Cookpad membantu anda dengan menawarkan 3 bulan PERCUMA langganan COOKPAD PREMIUM. Keistimewaan Cookpad Premium? Anda boleh melihat resipi-resipi popular dan terbukti di kalangan ahli komuniti Cookpad. Pastinya menjamin keenakan masakan anda dan mengurangkan beban tersalah masak atau resipi tak menjadi di dapur terutamanya bila memasak semasa berpuasa. Nanti terbatal pula puasa.🤭

Terdapat beribu-ribu resipi di laman web atau aplikasi telefon Cookpad dan boleh jadi rambang mata resipi mana yang nak disimpan. Ada yang suka mengumpul resipi untuk dicuba di hujung minggu atau bila ada sambutan istimewa, tapi bila nak memasak tak ingat pula di mana melihat resipi atau terlupa nak ‘screenshot’. Sebagai pengguna Cookpad, anda boleh menyimpan resipi di laman web atau di aplikasi telefon Cookpad. Senang kan? Dengan langganan premium anda boleh menyimpan seberapa banyak resipi yang anda suka tanpa had. Untuk para pengguna Cookpad versi percuma hanya boleh menyimpan 60 resipi sahaja. Special tak special Cookpad Premium ni?

Tunggu apa lagi? Pastikan aplikasi Cookpad anda telah dikemaskinikan kepada versi terkini untuk mendapatkan tawaran istimewa ini dan ikuti arahan-arahan di pop-up yang tertera. Tawaran ini khas buat pengguna-pengguna yang tidak pernah mencuba Premium sebelum ini. Untuk 3 bulan anda boleh mengguna Cookpad Premium secara percuma dan berita terbaik, anda boleh membatalkannya pada bila-bila masa sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Cookpad Premium, sila hubungi kami di Cookpad Malaysia dan juga group Facebook Cookpad Malaysia Community kami. Anda juga boleh klik pada bahagian ‘Hubungi Kami’ di laman blog ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: