Ahli Cookpad meraikan Hari Ibu dan Hari Guru melalui berkongsi resipi di platform Cookpad dengan tema ‘Raikan Kasih Ibu & Guru’. Tema masakan bermula pada 13Mei dan berakhir pada 31Mei dengan mengalakkan para Cookpaders untuk berkongsi cerita dan memori berkait dengan resipi masing-masing. Di sini tersenarai 10 Cerita Kasih Ibu melalu resipi masakan.
Penghargaan Sesimple Loralin kepada ahli Cookpad, Kak Cempaka kerana banyak berkongsi resipi yang tidak pernah mengecewakan bila dimasak. Kak Cempaka juga merupakan seorang guru sekolah. Ngam lah resipi ini untuk menghargai Kak Cempaka sebagai seorang guru, isteri dan ibu yang walaupun sibuk berkerja, sering kali juga berkongsi resipi di Cookpad.
Ini merupakan resipi ori dari emak Janah Nazim yang sering kali dibuat jika ada kenduri kahwin atau potong jambul cucu. Resipi ini dikongsi di Cookpad agar boleh diguna pakai hingga bila-bila oleh dirinya sendiri, anak cucunya dan warga Cookpad yang lain. Ibunya makin berusia dan ini mungkin kali terakhir ibunya memasak telur pindang ini.
Mahadiah berkongsi kelainan pada hidangan masak lemak dengan menambah keropok lekor ke dalam hidangan ini dan menjadi rebutan ramai. Sering kali dimasak oleh arwah ibunya dan menjadi kegemaran sekelurga hingga anak-anaknya memberi nama panggilan, ‘Lauk Signature Nenek’.
Arwah ibu mertua Norashikin Rahmat gemar membeli ubi kemili setiap kali ada yang menjualnya ketika dia masih hidup. Baru-baru ni suaminya membawa balik ubi kemili, disebabkan rindu dan terkenangkan arwah ibunya. Nampak sama gulai daging dengan ubi kemili ini dengan masakan arwah mak mertuanya tapi tak serupa, cukuplah sekadar pengubat rindu mereka sekeluarga.
Diberi nama Mee Goreng Legen Ibu Tercinta, ibu Leeina Qaliena memasak menggunakan bahan-bahan ringkas seperti bawang, udang kering dan cili kering tanpa kicap,sos atau sos tiram. Mee goreng ini menjadi rebutan antara Leeina dan abang longnya semasa kecil hinggakan ibunya terpaksa asingkan bahagian masing-masing agar tiada pergaduhan berlaku.
Perjalanan memasak bagi Salina bermula dari gulai ikan ini. Suaminya memang pandai memasak dan bila mereka mula-mula kahwin dahulu, tugas memasak sememangnya ditanggung suaminya. Resipi pertama yang dimasak oleh Salina untuk suaminya ialah gulai ikan yang dimasak mengikut logiknya. Malangnya logik itu menyebabkan suaminya membuang kuah gulai, membersihkan ikan dan memasaknya semula dengan cara masakan lain. Dari situlah, Salina nekad untuk belajar memasak secara serius.
Arwah ibu Ani menjadi sumber inspirasi untuk Ani membuat resipi ini dengan kenangan persediaan membuatnya dengan arwah. Menjadi tradisi Raya atau Raya Korban bagi keluarganya untuk menyediakan Tapai Pulut sebagai hidangan beraya. Kenangan terindah dimana arwah ibunya memeram tapai dibawah katil di dalam bilik tidurnya agar selamat dan tak diusik untuk mendapatkan tapai pulut yang manis.
Arwah bapa mertua FZ Adzlin merupakan guru memasaknya. Dia berkongsi banyak kenangan dengan arwah dalam bab memasak untuk perkahwinan dan aktiviti bergotong royong. Resipi ini merupakan resipi yang arwah berkongsi dengan FZ Adzlin.
Setiap ibu pasti tidak suka membazirkan makanan. Sama seperi ibu Hani Shaimi yang membuat cokodok menggunakan lebihan nasi. Salah satu resipi yang diturunkan dari generasi ke generasi yang akan datang agar mengurangkan pembaziran makanan.
Ayah mertua Mamy Nurul, ialah ibu dan juga ayah bagi suaminya. Disebabkan ini, Mamy Nurul menuntut ilmu memasak dari ayah mertuanya.
Di Cookpad, anda boleh mengisi ruangan kosong yang telah disediakan mengikut arahan dan sertakan dengan gambar langkah masakan. Malahan di ruangan ‘Ceritakan tentang resipi anda’ – para pengguna Cookpad sama ada di laman web atau aplikasi di telefon boleh berkongsi inspirasi atau memori terindah memasak resipi tersebut. Lebih senang untuk dijadikan sumber rujukan peribadi atau untuk dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Hanya hantar link sahaja dan mereka boleh mengakses resipi tersebut.
Jadikanlah Cookpad sebagai diari masakan anda untuk dikongsi dengan anak cucu di masa hadapan.
Tinggalkan Jawapan