Ikan Selar VS Ikan Kembung, Apa Bezanya?

Ikan Selar dan Ikan kembung boleh dinamakan sebagai kembar tak seiras. Bagaimana nak membezakan? Beberapa tips yang dikongsi oleh ahli komuniti Cookpad yang boleh digunakan lain kali bila ingin membeli ikan di pasar ikan atau di pasar raya.

Kredit foto Ikan Selar oleh mamy_kitchen 89 dan Ikan Kembung oleh Mahadiah.

Bila dah kenal ikan, tiba masa untuk kenal resipi masakan ikan pula. Kali ini, 10 koleksi resipi masakan ikan selar dan ikan kembung dari tema masakan bulan Jun di Cookpad iaitu Anyone Can Cook Fish.

Salina Jalaludin menggunakan ikan selar untuk resipinya, Ikan Selar Bakar Ala Portugis. Dia sertakan sekali resipi sambal yang digunakan, senang dan sesuai untuk dijadikan hidangan makan tengah hari atau makan malam.

Cubalah guna ikan selar sebagai bahan menggantikan ayam dalam resipi percik seperti yang dikongsi oleh Aznie Khasri dalam resipi kali ini, Ikan Selar Percik. Rugi tak cuba bagi peminat ikan dan masakan percik.

Tak senang nak goreng ikan tapi Julia Aleen membungkus ikan selar yang telah diperap dengan bawang dengan daun pandan, memberi bau wangi kepada ikan yang digoreng. Seperti ayam daun pandan tapi kali ini, Selar Goreng Bawang Putih Bungkus Daun Pandan.

Memberi kelainan kepada ikan selar goreng dengan resipi ini, Ikan Selar Masak Rendang Padang oleh Mahadiah. Cuma menggunakan 2 bahan untuk bahan tumisnya tapi menghasilkan lauk yang cukup sedap dimakan dengan nasi putih panas.

Kebiasaannya, ikan salmon digandingkan dengan salad. Tapi kali ini FZ Adzlin menggunakan isi ikan selar dalam resipinya, Ikan Selar Panggang Bersama Salad. Bukan sahaja sihat tapi senang untuk dimakan kerana isinya diasingkan dari tulang sebelum dipanggang.

Resipi Kembong Air Asam oleh HanaHana sesuai dimakan dengan nasi putih panas. Ikan kembong ini dikukus sebelum disiram dengan air asam.

Ikan kembung masak kicap adalah salah satu resipi yang biasa dimasak tapi berbeza dengan resipi Kembung Masak Kicap Mudah oleh Dapur Yusfarisyia. Kerana tiada tomato, dia mengantikan tomato dengan epal hijau untuk mendapatkan rasa yang sama, masam manis seperti tomato. Salah satu cara bijak untuk menggunakan apa yang ada di dalam peti sejuk.

Ani Delighted berkongsi resipi Sambal Nyior Ikan Kembung yang biasa dimakan dengan nasi himpit atau nasi dagang. Isi ikan kembung yang direbus dicampur dengan isi kelapa dan dikisar bersama.

Sesimple Loralin menggunakan isi ikan kembung rebus dengan tomato dan menjadikan Sambal Ikan Kembung Tomato. Selain tomato boleh juga digantikan dengan buah kedondong, belimbing buluh, bungan kantan dan bahan lain yang bersesuaian.

Salah satu resipi yang selalu menggunakan ikan ialah masak lemak. KAM menggunakan ikan kembong dan bahan tambahan, kacang buncis dalam resipi Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung Bersama Kacang Buncis.

Kini dengan harga ayam yang semakin mahal, ikan boleh menjadi sumber protein kedua di rumah anda. Terdapat lebih dari 9ribu resipi ikan yang dikongsi oleh ahli komuniti Cookpad di laman web atau aplikasi telefon Cookpad untuk anda cuba berdasarkan jenis ikan dan cara masakan yang anda suka. Jadikanlah Cookpad sebagai teman memasak anda di dapur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: