Julai Bertemakan Kids At Heart Di Cookpad Malaysia

Sepanjang bulan Julai ini, tema masakan di Cookpad Malaysia ialah Kids At Heart. Inilah masanya para Cookpaders berkongsi resipi-resipi yang mampu menambat hati kanak-kanak. Bukan sahaja ini dapat membantu para ibu yang buntu di rumah memikirkan resipi Kids Friendly tapi dapat mempelajari tips dan berkongsi ideas sesama mereka untuk menjadi lebih kreatif dengan resipi mereka untuk anak-anak.

Sebagai pembuka tirai, bermula dari 30 Jun hingga 4 Julai, tema mini mingguan ialah Leftover Roti 🍞 . Boleh dikatakan dalam setiap rumah di Malaysia sentiasa ada sebungkus roti keping di dalam dapur mereka. Lebihan roti sering kali menjadi persoalan, nak buat apa dengan lebihan roti supaya kanak-kanak makan dan tak membazir bahan?

Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha, bermula pada 7July hingga 11July tema mini masakan berasakan daging 🥩 🐄 . Dengan adanya stok daging untuk sambutan Hari Raya, resipi daging juga boleh dijadikan resipi Kids Friendly. Pasti seronok melihat resipi daging yang comel-comel untuk menambat hati kanak-kanak.

Sayur, bahan masakan yang selalu menjadi musuh kanak-kanak dan nightmare kepada para ibu bapa. Bukan senang nak bagi kanak-kanak makan sayur tanpa disedari mahupun dipaksa untuk makan. Inilah masanya untuk para ibu bapa berkongsi ideas dan tricks untuk menyembunyikan sayuran dalam resipi masakan mereka. Tema Sayur No Problem bermula pada 14 hingga 18 Julai, mesti banyak tricks yang menarik nanti.

Untuk tema masakan pada minggu keempat dari 21 hingga 25 Julai, ada 2 tema berlainan iaitu Menu Berpantang atau Bekal. Cookpad Malaysia bukan sahaja platform untuk berkongsi resipi masakan yang glamor tapi boleh juga berkongsi resipi berpantang agar dapat membantu para ibu di dalam komuniti Cookpad ketika berpantang untuk menggurangkan masalah kesihatan postpartum dan boleh menjadi panduan untuk generasi ibu-ibu yang akan datang. Tidak dapat dinafikan bahawa makanan dan nutrisinya adalah penting bila berpantang dan kenalah berkongsi resipi yang betul ori ye.

Di fasa endemik ini, anak-anak kembali ke sekolah seperti biasa dan ibu bapa pula kembali berkerja di pejabat secara fizikal. Dengan harga barangan kian naik, alternatif untuk jimat belanja anak-anak di sekolah ialah dengan mengalakkan mereka membawa bekal dari rumah. Bila nak sediakan bekal anak-anak, soalan cepu emas yang kena dijawab oleh ibu bapa ialah: Nak buat bekal apa hari ini? Soalan yang senang tapi jawapannya payah sebab setiap anak-anak mempunyai makanan kegemaran yang berbeza.

Bila dah membantu ibu bila berpantang, tibalah masanya untuk tema masakan Baby Food, 21 Julai hingga 1 Ogos. Masa yang penting bagi para ibu ialah bila bayi berumur 6 bulan ke atas kerana pada umur itulah baby mereka boleh start makan baby food dan tidak hanya bergantung dengan susu sahaja. Cookpad Malaysia ingin menjadi platform yang boleh membantu para ibu untuk menyediakan baby food dengan yakin tanpa bergantung sepenuhnya dengan makanan instant baby food sahaja.

Kongsikanlah resipi Kids Friendly anda di Cookpad Malaysia sepanjang bulan Julai ini agar para ibu bapa jadikan Cookpad sebagai sumber inspirasi memasak untuk anak-anak dan boleh membantu sesama sendiri di dalam komuniti Cookpad.❤️

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: