Salah satu aktiviti hujung minggu samada yang bergelar isteri, suami, mak-mak mahupun yang solo adalah ‘Groceries Shopping’. Dalam list shopping, semestinya ada sayur. Terpulanglah kepada selera masing-masing jenis sayur dan kuantiti yang ingin dibeli. Sampai je kat rumah, sayur disimpan terus ke dalam peti sejuk. Yang seringkali terjadi bila disimpan di dalam peti sejuk ialah sayur yang segar bugar pada hari pertama dibawa balik ke rumah selepas beberapa hari menjadi artifak sejarah peti sejuk. Familiar kan situasi ni?😆
Berikut ialah senarai sayur dan jangka hayat mereka di dalam peti sejuk:

Untuk mengelakkan kejadian artifak peti sejuk berulang kembali, ada beberapa tips yang anda boleh amalkan:
- Rancangkan pembelian sayuran anda berdasarkan menu masakan dan kuantiti seisi rumah. Sebaiknya membeli stok sayur untuk seminggu kerana jangka hayat yang sihat bagi sayur-sayuran ialah 5-7 hari.
- Kenal pasti jenis sayur yang mudah rosak dan sayur yang tahan lama dalam senarai pembelian sayur anda.
- Masak sayur yang mudah rosak terdahulu seperti sayur yang berdaun. Di sini aplikasikan meal/cooking plan anda.
- Pastikan cara penyimpanan sayur yang betul di dalam peti sejuk anda mengikut jenis dan jangka hayat sayuran. Peti sejuk cuma boleh membantu untuk memastikan sayur bertahan lebih lama
Cookpaders juga berkongsi tips cara penyimpanan sayur yang boleh membantu anda untuk memastikan sayur yang anda beli tahan lebih lama di dalam peti sejuk.

Taugeh: 5-7 hari

Petai: 5-7 hari

Kongsi bersama kami di Cookpad Malaysia dan juga Group Facebook Cookpad Malaysia Community tips penyimpanan sayur anda agar dapat membantu ramai chef rumahtangga menyelamatkan sayuran mereka sebelum menjadi artifak di dalam peti sejuk. Ini juga dapat membantu ramai di luar sana mengurangkan pembaziran bahan masakan terutamanya sekarang dengan harga barangan mentah semakin mahal.
Tinggalkan Jawapan