Tak dapat dinafikan bila dah tengah bulan, kebanyakannya budget dalam bank dah kurang. Bila dapat gaji bayar komitmen tetap dan bil sebagainya, beli barangan rumah dan sekali dua melayan kehendak peribadi. Bagi yang dah berkeluarga pula, melayan keinginan anak-anak dan membeli keperluan mereka lebih daripada diri sendiri. Salah satu keinginan yang tak dapat dibendung sama ada untuk diri sendiri atau orang sekeliling terutamanya ahli keluarga terdekat ialah keinginan makan. Kadang selera makan itu tak sepadan dengan budget, terutamanya time tengah bulan.
Bagaimana nak layan selera makan makanan ala cafe dengan budget tengah bulan? Jawapannya, masak sendiri dengan budget yang minimal.š Jangan risau, Cookpad boleh membantu anda!
- Shellout
Pelbagai jenis makanan laut – ketam, sotong, udang, kepah, lala dalam satu hidangan. Di kafe, harga hidangan untuk minimal 2 orang dalam julat harga RM100-RM200 bergantung kepada jenis makanan laut yang dipilih. Dengan budget RM100/200, anda boleh membeli bahan untuk resipi shellout ini untuk lebih daripada 2 orang makan dan jenis makanan laut yang diinginkan. Lagi berbaloi dan puas hati makan seperti yang dikongsi oleh RH Kitchens yang memasak Shellout Super Simple untuk harijadi suaminya.

- Steak
Bagi peminat daging, steak adalah salah satu hidangan yang ‘ultimate favorite’. Tapi semua sedia maklum harga hidangan steak di kafe, agak cekik darah dalam julat harga RM60 hingga boleh mencapai RM200 keatas untuk satu hidangan. Ini kerana kebanyakan kafe menggunakan daging yang diimport dan berkualiti. Di pasar raya, banyak jenis potongan daging yang boleh dijadikan steak dengan budget di bawah RM50 untuk satu hidangan. Hidangan sampingan terpulang kepada anda untuk memilih bergantung kepada selera masing-masing. Mohd Fazlee mendapat inspirasi memasak Australia Beef Steak with Asparagus and Creamy Sauce dari rancangan Masterchef Australia. Nampak seperti hidangan steak di kafe kan? šš¼

- Salmon
Dikenali sebagai ikan mahal tapi lagi mahal harga hidangan di kafe jika dibandingkan dengan membelinya di pasar raya dan memasak sendiri. Harga hidangan seorang salmon yang telah dimasak di cafe dalam julat harga RM25 hingga RM35 tapi harga untuk fillet salmon yang dijual di pasar raya untuk dua kali makan atau dikongsi 2 orang, RM20-30. Ikan salmon ini senang dimasak dengan pelbagai cara masakan sama ada taste Western mahupun Asian. Nik MY berkongsi resipi Salmon Tepanyyaki yang cepat untuk dimasak dan tak perlu tunggu lama di kafe.š

- Chicken Chop
Masakan Western paling selamat untuk diorder yang boleh kena dengan dengan deria rasa masyarakat Asia ialah Chicken Chop. Kepingan ayam sama ada bahagian dada atau paha ayam tanpa tulang yang diselaputi panko dan digoreng hingga garing berwarna keemasan. Simple kan? Untuk hidangan ini di kafe, harganya sekitar RM20 hingga RM30. Dengan budget RM20/30, anda boleh memasak Chicken Chop ini untuk 2/3 kali atau untuk 2/3 orang sekali makan. Resipi Chicken Chop oleh theduch.ess ini seakan hidangan kafe. Terujakan nak try buat kat rumah?

- Pasta
Salah satu lagi masakan Western yang kian diminati oleh masyarakat Asia ialah Pasta. Kini bermacam jenis fusion pasta yang ada dijual di kafe dengan harga satu hidangan lingkungan RM20-30. Dengan harga hidangan ini jika dijadikan budget untuk membeli bahan, anda boleh memasak satu paket pasta dengan bahan yang sedia ada dirumah untuk hidangan sekeluarga, 4/5 orang. Resipi Angel Hair Spaghetti & Italian Meatballs oleh Leeina Qaliena ini pasti akan menggembirakan keluarga anda, semua boleh makan hidangan seorang dan tak perlu berkongsi.

- Pizza
Masing-masing mempunyai citarasa yang berbeza bila nak order pizza. Ada yang nak keju lebih, ada yang nak topping lebih, tak nak sayur bermacam kerenah. Bergantung kepada kafe dan jenis crust pizza, satu large pizza lebih kurang RM15 hingga RM40. Dengan lingkungan harga sebegitu, anda boleh membeli bahan untuk membuat 2-3 keping large pizza di rumah. Membuat pizza sendiri di rumah boleh menjadi aktiviti keluarga yang seronok dengan anak-anak. Resipi Chicken Cheese Pizza yang dikongsi oleh Haliza Jeran lengkap dengan cara menyediakan doh pizza sendiri. Lagi jimat kos.

- Rabokki
Bila KDrama menjadi kegilaan ramai, begitu juga dengan KFood. Rabokki ialah ramen yang ditambah ke dalam resipi tteokbokki. Tidak semua kafe korea adalah halal dan hidangan ini sekurang-kurangnya RM25 hingga RM35 untuk satu. Berbekalkan budget sejumlah ini, anda boleh memasak rabokki tanpa perasaan was-was dan boleh menambah apa sahaja bahan yang diingini mengikut kreativiti memasak anda. Boleh mendapat inspirasi dari resipi Rabokki oleh Keroroyz Royz dan memasak versi anda di rumah.

- Korean Fried Chicken
Kalau minat tonton KDrama, semestinya kenal Korean Fried Chicken. Rasa sos salutannya yang unik dan berbeza dengan ayam goreng biasa yang menjadikannya kegilaan ramai. Banyak kafe yang menghidangkan dengan harga RM25 hingga RM50 bergantung dengan kuantiti ayam dalam satu hidangan. Seperti bagaimana ramai yang memilih topping pizza mereka, begitu juga dengan sos salutan dan bahagian ayam yang diminati. Oleh itu dengan budget yang sama, anda boleh membuat lebih dari satu sos salutan, memilih untuk menggunakan bahagian ayam yang anda atau keluarga minati dan kuantiti yang cukup untuk semua. Win-Win. Korean Fried Chicken resipi yang dikongsi oleh Dapur Yusfarisyia ini, wajib anda cuba buat.

Sememangnya jika kita memasak sendiri di rumah resipi masakan ala kafe ini, ianya jauh lebih murah dibandingkan dengan makan di luar. Bukan sahaja pocket friendly time tengah bulan malahan kualiti makanan lebih sihat dan terjaga, paling penting anda dan orang yang tersayang gembira kerana dapat menikmati makanan craving mereka tanpa perlu tunggu seminggu dua. Berbekalkan value kami di Cookpad iaitu Make Everyday Cooking Fun, kami ingin menginspirasikan para chef rumahtangga untuk memasak di rumah stress free dengan resipi-resipi dan tips memasak yang dikongsikan oleh para Cookpaders di platform kami.
Tinggalkan Jawapan