Bekal Apa Hari Ini?

Soalan emas yang selalu ditanya kepada pembawa bekal atau yang menyediakan bekal. Habit membawa bekal ke sekolah untuk anak-anak atau ke tempat kerja kini kembali menjadi trending terutamanya dengan idea bekal bento. Seronok melihat bekal yang penuh dengan variasi dan berwarna-warni terutamanya untuk anak-anak.

Apa yang boleh dijadikan inspirasi bekal dan tidak mengambil masa yang panjang untuk disediakan? Berikut adalah beberapa idea untuk bekal yang chef rumahtangga boleh buat untuk anak-anak, suami atau untuk diri sendiri.

Nasi Goreng

Bukan sahaja cara yang terbaik untuk menghabiskan lebihan nasi sejuk, ianya senang untuk dimasak dan cepat. Gunakan apa yang ada di dalam peti sejuk anda dan gorengkan bersama dengan lebihan nasi sejuk seperti mana yang dilakukan oleh Dapur Comel Yanti untuk bekal anaknya. Simple hanya dengan menggunakan sosej, ikan bilis dan telur.

Sandwich

Salah satu resipi bekal terkenal di dunia dan yang paling senang untuk dibuat. Pelbagai jenis sandwich boleh dibuat berasaskan apa yang ada di rumah terutamanya dengan makanan dalam tin seperti tuna atau sardin yang menjadikan persedian bekal lebih cepat. Egg Sandwich seperti yang disediakan oleh Sesimple Loralin menggunakan telur rebus yang dilenyek dan dicampur dengan mayonis.

Pancakes

Kegemaran kanak-kanak dan resipi yang mudah untuk dibuat pada waktu pagi. Boleh digunakan sebagai pengganti roti dan sesuai dipasangkan dengan jem, mentega kacang atau nutella sebagai isi di antara 2 keping pancake, maka terhasillah Dorayaki seperti yang dikongsi oleh ha.lim39. Bahan-bahan untuk membuat pancakes antara bahan-bahan yang sentiasa ada di dapur chef rumahtangga Malaysia.

Mee Goreng

Salah satu hidangan yang dijual di kantin sekolah dan disediakan di kafeteria. Boleh dimasak dengan sayur, ayam atau makanan laut dan digoreng dengan campuran kicap dan sos cili atau sos tomato. Mee goreng ini sememangnya terkenal di kalangan mak-mak oleh itu Leeina Qaliena memberi nama Mee Goreng Legend Ibu Tercinta.

Nasi Lemak

Menu sarapan yang terkenal di Malaysia dan pastinya mengenyangkan bila dijadikan bekal ke sekolah atau ke tempat kerja. Boleh dimakan kosong – nasi santan, sambal ikan bilis, telur rebus dan timun ditemani kacang goreng seperti bento nasi lemak Aznie Khasri atau boleh juga dimakan dengan lauk kegemaran masing-masing.

Pie

Pie, combo isi sama ada menggunakan daging cincang, atau isi buahan dibungkus dengan puff pastry atau ditutup dengan kentang putar. Boleh juga menggunakan lebihan kentang goreng seperti yang dikongsi oleh Kakak Faa dalam resipi French Fries Sheperds Pie.

Pasta

Versi mee kuning orang Malaysia, pasta boleh dimasak pelbagai cara – berkuah atau kering tapi dengan cara masakan barat. FZ Adzlin menggoreng pasta dengan cara kering.

Muffin

Muffin kini tidak hanya boleh dibakar di dalam oven malah boleh juga dibakar di dalam airfryer. Boleh dibuat dalam pelbagai perisa mengikut citarasa anak-anak. Salah satu kegemaran kanak-kanak ialah muffin coklat dan Nor Ariffin berkongsi resipi muffin coklatnya yang dibakar di dalam airfryer.

Gunakan kreativiti anda untuk menjadikan bekal sekolah anak-anak menarik dari segi warna dan rasa agar mereka menghargai bekal masakan rumah daripada membeli makanan di kantin atau dari penjaja luar. Membawa bekal dari rumah juga akan menjadi kenangan zaman persekolahan yang akan anak-anak ingati dan mewariskannya kepada generasi yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: