Memperkenalkan Hot Stuff Dapur Malaysia, Airfryer. Pastinya ramai chef rumahtangga di Malaysia termasuk anda, yang memiliki Hot Stuff di dapur masing-masing. Airfryer ini diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2010 oleh jenama Philips dengan kaedah revolusi memasak terutamanya menggoreng tanpa minyak yang memberikan rasa makanan yang hebat dan kurang lemak sehingga 80%. Kini, Airfryer menjadi trending dan merupakan pelaburan terbaik bagi dapur.
Semua sedia maklum bahawa Airfryer membolehkan proses menggoreng tanpa minyak dan ia merupakan salah satu cara untuk enjoy makanan bergoreng rendah kalori dan kurang berminyak. Makanan beku segera seperti fries, wedges, nuggets, karipap boleh digoreng dalam airfryer. Malah ikan laut dan ayam juga boleh digoreng di dalam air fryer. Dengan adanya Airfyer, tidak perlu berdiri, menjaga dan menunggu makanan masak di tepi dapur.


Airfryer boleh juga digunakan untuk memanggang daging, ayam, ikan dan pelbagai jenis seafood seperti kerang, udang atau sotong. Ada yang memanggil proses ini sebagai membakar, ia adalah sama. Masukkan ke dalam Airfryer, set suhu dan masa dan tunggu bunyi ‘DING’, tandanya makanan dah siap.


Tahukan anda, Airfryer juga boleh menggantikan oven dan boleh digunakan untuk membakar kek dan biskut? Airfryer menjadikan baking senang untuk chef rumahtangga yang tiada oven di dapur mereka dan kos pembelian Airfryer jauh lebih murah dibandingkan dengan oven.


Malahan pie dan pizza pun boleh dibakar menggunakan Airfryer. Ini menjadikan proses memasak senang dan mudah bagi chef rumahtangga. Sementara menunggu Airfryer menjalankan tugas, chef rumahtangga boleh membuat benda lain.


Jika anda memiliki Airfryer di rumah tapi masih disimpan kemas di dalam stor simpanan atau kotak, inilah masanya untuk mengambil keluar Si Hot Stuff dan bereksperimen dengan pelbagai resipi Airfryer yang ada di Cookpad. Dengan feature terbaru Cookpad ‘Perkakas memasak anda’, pencarian resipi Airfryer menjadi lebih mudah dengan hanya klik pada gambar perkasas dan resipi-resipi menggunakan perkakas memasak tersebut disenaraikan mengikut kategori masakan. Kami di Cookpad berpegang teguh dengan misi kami untuk menjadikan memasak setiap hari menyeronokkan.
Tinggalkan Jawapan