Team Cookpad Malaysia & kisah mereka on #ChoosetoCook

#ChoosetoCook ialah kempen social media global yang dianjurkan oleh Cookpad sempena World Food Day yang selalu diraikan pada 16 October di seluruh dunia. Kempen ini bertujuan untuk meraikan kegembiraan memasak bagi chef rumahtangga yang memilih untuk memasak sama ada bagi diri sendiri, keluarga atau kawan-kawan serta kisah disebalik pilihan memasak.

Kempen #ChoosetoCook ini fokus lebih kepada chef rumahtangga untuk berkongsi kisah tersebut dengan mengambil gambar selfie dengan bahan atau perkakas masakan dan di bahagian caption, kongsikan – I #ChoosetoCook because … atau Saya #ChoosetoCook kerana …

Masanya telah tiba untuk team Malaysia berkongsi kisah #ChoosetoCook mereka:

Soegi sebagai seorang bapa kepada 3 orang anak ingin menjadi teladan kepada kedua anak lelakinya, yang memasak tergolong sebagai salah satu cara untuk menunjukkan humanity (kemanusian) value dan golongan Adam tidak perlu malu untuk memasak atau menolong di dapur. Memasak tidak mengira umur dan jantina, its for everyone.

Mesti ada yang berkongsi pengalaman order di restaurant atau dari Grab, kualiti makanan tak memuaskan hati dan selera, menjadikan makanan yang diorder itu susah untuk ditelan dan akhirnya dibuang begitu saja. Inilah sebabnya Rozita memilih untuk memasak sendiri, biarpun sesimple sambal goreng. Tambahan dengan memasak sendiri, ianya lebih menjimatkan duit serta kebersihan dan halal makanan terjamin.

Setiap individu mempunyai pilihan lifestyle diet masing -masing. Seperti Sasha, dia memilih Keto sebagai lifestyle. Motivasi utama Sasha memasak adalah supaya lebih ramai yang tahu bahawa Keto itu mudah, murah dan dengan menggunakan kreativiti yang ada, pelbagai masakan dapat diKETOkan.

Sekarang memasak bukan hanya tugas golongan Hawa – isteri, ibu atau anak, malahan lebih ramai golongan Adam yang lagi hebat memasak jika dibandingkan. Syam, salah satu golongan Adam yang minat memasak dan berasa seronok apabila dapat memasak masakan yang dia mahukan.

Kekadang memasak itu boleh dijadikan sebagai ‘ME Time’ kerana pada masa itulah, seseorang individu boleh fokus dan take charge of the surrounding or situation seperti yang dikongsikan oleh Audrey. Selain dari itu, memasak ialah a love language – dengan berkongsi masakan dan makanan yang dimasak dengan orang di sekeliling. Audrey percaya bahawa ‘Cooking is love made visible for me’.

Menarik kan kisah-kisah CMs Malaysia? Pastinya anda juga mempunyai kisah memasak yang menarik untuk dikongsikan dengan para chef rumahtangga serata dunia. Jangan malu untuk kongsikan kerana cerita anda boleh dijadikan inspirasi kepada yang lain.

Tunggu apa lagi? Masuk ke dapur, buka peti sejuk atau pantry, ambil bahan atau perkakas masakan yang anda minati and start posing. Sekiranya anda malu-malu kucing nak tunjukkan muka, bolehlah guna bahan tersebut sebagai prop shooting dan cover muka anda. Terpulang kepada anda untuk menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan selfie terbaik bagi #ChoosetoCook. Kongsikan juga kisah memasak anda!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: