Kolaborasi Kreativiti Dengan Cookbook

Di Cookpad sekarang ada sesuatu yang fun dan mengujakan. Memperkenalkan Cookbook!

Apa bezanya Cookbook Cookpad dengan koleksi resipi peribadi anda di Cookpad iaitu Resipi Disimpan?

Cookbook ialah buku masakan sosial yang membolehkan anda berkolaborasi mencari resipi yang bersesuaian berkisarkan tema tertentu bersama rakan-rakan Cookpad anda. Anda boleh melihat Cookbook terkini dengan 2 atau lebih kolaborator dan mengandungi 3 atau lebih resipi di tab Inspirasi, di bawah segmen “Jom intai apa ada dalam fridge!”.

Kenapa mesti ajak rakan-rakan sama-sama mencari resipi yang sesuai? Kenapa tidak boleh cari sendiri?

Kadang-kadang resipi yang kita mahu tidak semudah menekan butang “search”. Kadang-kadang kita tidak pasti bagaimana atau di mana mahu mencari resipi-resipi yang kita ingini. Tetapi rakan-rakan anda mungkin tahu. Mungkin mereka pernah terjumpa resipi yang diingini di Cookpad, atau mungkin mereka ada resipi yang menepati tema yang anda tetapkan di dalam koleksi resipi simpanan mereka sendiri.

Katalah anda ingin mencari resipi-resipi yang simple tetapi tetap sedap dan berkhasiat untuk seisi keluarga dan tidak mengambil masa lebih daripada 10 minit untuk membuatnya. Tidak semudah itu untuk mencarinya menggunakan search bar, bukan?

Dengan mengajak rakan-rakan anda mencari resipi bersama-sama, peluang anda untuk mendapat resipi-resipi yang sesuai adalah lebih besar. Proses mencari juga adalah lebih cepat dan lebih efektif. Lagipun, bukankah sesuatu aktiviti itu lebih menyeronokkan jika dilakukan bersama rakan-rakan?

Ada dua tempat di mana anda boleh mula mencipta Cookbook anda sendiri: Di tab “Create” (yang bertanda +) atau di tab “You” (yang ada gambar profil anda).

Hanya tap butang “Cookbook” di tab “Create” atau butang bertanda “+” di tab “You” dan mula cipta Cookbook anda! Berikan tajuk yang menarik untuk Cookbook anda supaya rakan-rakan ingin follow atau berkolaborasi dengan anda untuk mencari resipi yang sesuai.

Anda boleh pilih sama ada anda mahu Cookbook anda “Public” (boleh dilihat umum) atau “Private” (boleh dilihat oleh anda sahaja atau oleh orang-orang tertentu sahaja yang mempunyai link Cookbook anda). Tap butang “Cipta Cookbook!” untuk mulakan Cookbook anda.

Cookbook anda kini tersenarai di bawah tab “Cookbook” di dalam tab “You” bersama-sama Cookbook yang anda berkolaborasi atau follow. Edit Cookbook anda dengan tap ikon pensel di bahagian atas sebelah kanan.

Pilih gambar hiasan yang menarik dan bersesuaian dengan tema anda. Anda bebas memilih apa-apa gambar sahaja termasuk yang memaparkan wajah manusia asalkan tidak melanggar hakcipta pemilik gambar tersebut.

Edit deskripsi Cookbook anda untuk menyatakan tujuan anda mencipta Cookbook tersebut, dan tap butang “Tambah Resipi” untuk mula memasukkan resipi ke dalam Cookbook anda. Anda boleh search resipi yang anda ingini secara langsung selepas tap butang tersebut atau, jika anda terjumpa resipi yang sesuai, tap tiga titik bertindih di bahagian atas belah kanan laman resipi berkenaan dan pilih “Tambah ke Cookbook”.

Selepas itu anda boleh share link Cookbook anda untuk mengajak rakan-rakan anda untuk follow Cookbook anda dengan tap ikon “share” di bahagian atas sebelah kanan (sebelah ikon pensel) atau tap “Invite Kolaborator” untuk mengajak yang lain turut serta mencari resipi bagi Cookbook anda.

Jika rakan-rakan anda sudah mempunyai akaun Cookpad, anda boleh terus invite mereka di dalam app Cookpad dengan search nama mereka menggunakan search bar dan tap butang “Invite” di sebelah nama mereka.

Jika rakan anda belum ada akaun Cookpad lagi, anda boleh salin link atau share link kolaborator melalui Instagram, Facebook atau Whatsapp untuk invite mereka menjadi kolaborator Cookbook anda.

Berkenaan Cookbook:

  1. Cookbook hanya terdapat di app Cookpad jadi pastikan anda download app Cookpad terlebih dahulu untuk mengaksesnya.
  2. Setiap Cookbook hanya boleh memuatkan maksimum 40 resipi.
  3. Cookbook dicipta khusus untuk kolaborasi jadi pastikan anda mengajak rakan-rakan untuk turut serta memenuhi Cookbook anda selepas menciptanya!
  4. Apabila anda mula mencipta Cookbook, Cookbook anda secara automatik adalah “Public” melainkan anda memilih “Private” apabila anda menciptanya. Bagaimanapun anda boleh mengubah Cookbook anda daripada “Public” ke “Private” atau sebaliknya pada bila-bila masa selepas anda menciptanya.
  5. Hanya “Creator” atau “Kolaborator” boleh tambah resipi ke Cookbook dan invite yang lain untuk berkolaborasi.
  6. Semua pengguna Cookpad boleh follow mana-mana Cookbook yang “Public” dan share link Cookbook tersebut.
  7. Hanya resipi-resipi yang diterbitkan oleh komuniti di mana Cookbook tersebut dicipta boleh ditambah ke Cookbook tersebut. Contoh: Jika anda berdaftar dengan komuniti Cookpad Malaysia, anda hanya boleh tambah resipi-resipi yang diterbitkan oleh komuniti Cookpad Malaysia, dan tidak boleh tambah resipi-resipi yang diterbitkan oleh komuniti Cookpad UK atau Cookpad Indonesia.
  8. Buat masa ini, anda tidak boleh memadam mana-mana Cookbook yang anda cipta. Anda hanya boleh menyembunyikannya dengan memilih “Private” jika anda tidak mahu sesiapa pun melihatnya.

Creator atau Pencipta Cookbook:

  1. Boleh edit gambar dan deskripsi Cookbooknya.
  2. Boleh invite kolaborator dan follower untuk Cookbooknya.
  3. Boleh membuang mana-mana kolaborator dan follower untuk Cookbooknya.
  4. Boleh menambah resipi ke dalam Cookbooknya.
  5. Boleh membuang mana-mana resipi yang ditambah ke dalam Cookbooknya.
  6. Boleh pilih untuk “Public” atau “Private”kan Cookbooknya pada bila-bila masa dan pilih sesiapa sahaja yang diingininya untuk mengakses Cookbooknya sebagai kolaborator atau follower.

Kolaborator Cookbook:

  1. Boleh menambah resipi ke dalam Cookbook.
  2. Boleh membuang mana-mana resipi yang ditambahnya ke dalam Cookbook.
  3. Boleh invite sesiapa sahaja untuk turut berkolaborasi.
  4. Boleh leave atau keluar sebagai kolaborator Cookbook pada bila-bila masa.

Follower Cookbook:

  1. Boleh melihat resipi-resipi yang terkandung di dalam Cookbook.
  2. Boleh share link Cookbook dengan yang lain (hanya untuk “Public” Cookbook sahaja).
  3. Boleh leave atau keluar sebagai follower Cookbook pada bila-bila masa.

Jom sama-sama cipta Cookbook!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: