Cookpad’s Everyday Hero: Marulez Arif

Edisi 3 Mac 2023

Sempena Ramadan yang akan kunjung tiba, Cookpad dengan berbesar hati telah menobatkan Marulez Arif sebagai Cookpad’s Hero Bulan Mac 2023. Marulez telah banyak membantu Cookpadians di serata dunia. Tanpa sedar, perkongsiannya telah menjadi panduan yang sangat berharga bagi Cookpadies yang buntu di dapur namun segan untuk bertanya.

Mari selami latar belakang hero serta inspirasi hero untuk #PilihMasak #ChooseToCook & Make Everyday Cooking Fun setiap hari.

Seorang bapa kepada 3 orang anak, Marulez bekerja dalam bidang IT. Suka masak dan #pilihmasak #choosetocook sejak PKP kerana setiap hari kena masak untuk anak disebabkan isteri seorang frontliner dan terpaksa kerja. Semasa kecil Marulez sering membantu ibunya memasak khususnya membuat kek.

Fun Fact:

  • Suka masak dan suka makan pelbagai jenis makanan terutamanya gulai tempoyak tetapi suka juga dengan fitness.
  • Suka memasak sambil mendengar lagu dengan pegangan memasak mesti menghiburkan jiwa dan akhirnya makanan akan menjadi sedap.
  • Menginsipirasikan Franco Noriega dalam kehidupan. Franco seorang model kecergasan, seorang usahawan restoran dan chef dan seorang pemuzik.

3 Resepi Marulez Yang Cookpadians Mesti Cuba!

Kek Buah My Mader: https://cookpad.com/my/recipes/16827337-kek-buah-my-mader

Red Velvet Cheesecake Brownie: https://cookpad.com/my/recipes/15786907-red-velvet-cheesecake-brownie

Kek Mentega My Mader: https://cookpad.com/my/recipes/11890912-kek-mentega-my-mader

Top 3 Fav Resepi Cookpad:

  1. Rendang Daging by Aznie Khasri
  2. Butter Prawn Bersarang by Chef Husnil
  3. Nasi Kerabu Biru by Salina Jalaludin

Jangan lupa untuk follow kitchen hero Marulez Arif untuk ikuti resepi terkini Marulez! Hero kepada 3 orang anak ini juga sering menyertai tema mingguan di Cookpad. Rugi kalau tak follow rapat-rapat.

Kenapa anda #PilihMasak? Adakah sama seperti Hero Cookpad? Jom kongsi. Cookpad sentiasa teruja mendengar #KisahCookpader. 💗

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: