Kenali Cookpad

Memasak setiap hari lebih seronok bersama Cookpad!

Cookpad ialah sebuah platform komuniti memasak atas talian yang telah bertapak di alam maya sejak tahun 1997. Ia diwujudkan khas untuk kita semua berkongsi idea resipi dan petua memasak. Kami percaya yang memasak merupakan kunci untuk kehidupan yang lebih sihat dan bahagia bukan sahaja buat individu, tetapi juga komuniti setempat dan bumi yang kita diami ini.

Pilihan yang kita buat membentuk dunia kita.

Dan apabila kita memasak, pilihan yang dibuat mempunyai impak terhadap diri kita, mereka yang menikmati masakan kita, petani-petani dan pengeluar-pengeluar yang membekalkan bahan-bahan yang kita gunakan dalam masakan kita dan juga alam sekitar.

Dengan menyelesaikan isu-isu berkaitan masakan harian dan membantu lebih ramai orang memasak, kami percaya yang kami boleh membantu membina dunia yang lebih baik untuk semua.

Sertai komuniti memasak terbesar di dunia di Cookpad Malaysia!

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: