Ikan Selar VS Ikan Kembung, Apa Bezanya?

Ikan Selar dan Ikan kembung boleh dinamakan sebagai kembar tak seiras. Bagaimana nak membezakan? Beberapa tips yang dikongsi oleh ahli komuniti Cookpad yang boleh digunakan lain kali bila ingin membeli ikan di pasar ikan atau di pasar raya. Kredit foto Ikan Selar oleh mamy_kitchen 89 dan Ikan Kembung oleh Mahadiah. Bila dah kenal ikan, tiba... Continue Reading →

Ikan Di Laut, Masak Di Darat Bersama Cookpad.

Bila bercakap pasal ikan, banyak yang merungut. Lecehlah nak siang ikan, bau hanyir, meletop-letop bila digoreng...ada yang mengganguk kepala ni.🤭 Memang tak senang nak bersihkan dan siang ikan sebab itu kebanyakan penjual ikan sama ada di pasar ikan atau di pasaraya besar akan menawarkan perkhidmatan untuk tolong membersihkan dan siangkan ikan untuk para pembeli. Terdapat... Continue Reading →

Fridge Moment: Masak Apa Yang Ada

Adakah anda salah seorang yang sering merujuk kepada isi kandungan peti sejuk anda untuk mencari idea memasak? Ataupun anda seorang yang seringkali terlupa untuk menggunakan bahan-bahan yang anda telah beli sehinggakan ia terbiar layu atau luput di dalam peti sejuk anda? Sebagai Misi Pertama dalam Cabaran CookRace, Fridge Moment mengajak anda memasak menggunakan apa yang... Continue Reading →

Wanton, Isi Apa Best?

Tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut Hari Tahun Baru Cina. Bukan sahaja rakyat yang berbangsa Cina malahan rakyat Malaysia yang berbilang kaum turut bersama menyambut Tahun Baru Cina. Semestinya makanan Cina menjadi tumpuan sambutan perayaan ini. Sering kali dihidangkan semasa Tahun Baru Cina, wanton goreng juga dikenali sebagai 'Money Bags'. Dikatakan ia membawa tuah kerana... Continue Reading →

10 Idea ‘Meal For 1’

Sesungguhnya idea untuk memasak 'Meal For 1' tidaklah sesenang yang disangkakan. Malahan lebih payah untuk memasak hidangan seorang jika dibandingkan memasak untuk sekeluarga atau potluck disebabkan oleh sukatan dan pembaziran lebihan bahan masakan. Ada pula yang memasak untuk seorang dengan memilih untuk memasak sekaligus bahan masakan dan makan hidangan yang sama sehingga habis untuk mengelakkan... Continue Reading →

Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki Akan Ku Masak

Tajuk blog macam ayat cinta pula.😅 Sememangnya ayat cinta kepada bahan masakan. Selalunya bahan masakan yang boleh dimasak seluruh bahagian, dari hujung rambut hingga hujung kaki ialah sayuran. Tapi sayuran apa dan bagaimana cara masakan selalu menjadi tanda tanya. Di sini tersenarai 5 jenis sayuran dan 10 resipi masakan kreatif yang boleh dicuba. KOBIS Daun... Continue Reading →

Mari Kongsi Rahsia Bahan Kekal Awet Muda

Selalunya bila pergi beli bahan segar di pasar raya, kadang-kadang merungut disebabkan kuantiti bahan segar itu dijual dalam kuantiti yang banyak dan telah dibungkus. Resipi masakan pula cuma perlukan 1/4 atau kurang dari kuantiti yang dijual, lebihan bahan itu selalunya disimpan hingga menjadi habuan tong sampah. Kali ini, kita berkongsi rahsia untuk bahan kekal awet... Continue Reading →

Selamatkan Bahan Layu Di Tasik Madu

Berbunga tajuk blog minggu ini. 🤭 Tapi sebenarnya fokus blog minggu ini ialah bahan masakan yang telah layu atau terlampau lama disimpan di peti sejuk dan lebihan makanan yang telah dimasak. Resipi apa yang boleh dimasak atau diubah suai dengan bahan layu di tasik madu ini? Bahan lazim yang selalu terlebih bila masak ialah nasi.... Continue Reading →

Blog di WordPress.com.

Atas ↑