Soalan Lazim

Bagaimanakah caranya untuk menyertai Cookpad?

Di laman web Cookpad, hanya tekan butang “Mulakan!” di bahagian atas belah kanan dan tekan salah satu butang, sama ada anda ingin mendaftar melalui akaun Google anda, akaun Facebook anda atau akaun e-mel anda.

Atau muat turun aplikasi Cookpad di Google Play atau iOS AppStore dan pilih “Malaysia” di bawah bahagian “Cari komuniti memasak, kemudian daftar masuk melalui Facebook, Google atau e-mel. Mudah sahaja!

Bagaimanakah caranya untuk mula menghantar resipi di Cookpad?

Di laman web Cookpad, hanya tekan butang “Kongsi Resipi” di bawah bar carian kami untuk mula berkongsi resipi di Cookpad.

Atau tekan butang bertanda “+” di bahagian bawah aplikasi Cookpad, dan tekan butang “Resipi”.

Bagaimanakah caranya untuk menghantar Cooksnap?

Jika anda terjumpa mana-mana resipi di Cookpad yang anda ingin cuba, jangan lupa kongsi hasil percubaan anda dengan tuan punya resipi serta rakan-rakan yang lain dengan menghantar Cooksnap!

Di bahagian bawah resipi tersebut terdapat segmen “Cooksnap”. Hanya tekan butang “Kongsi Cooksnap anda” untuk berkongsi gambar hasil masakan anda!

Ketahui lebih lanjut tentang Cooksnap.

Bagaimanakah caranya untuk mencari resipi yang saya ingini di Cookpad?

Di laman web Cookpad, hanya taip nama resipi yang anda ingini atau bahan-bahan yang anda ingin gunakan di bar carian dan tekan butang “Cari” atau terus tekan [Enter].

Di aplikasi Cookpad, hanya tekan butang dengan ikon kanta pembesar 🔍 di bahagian bawah aplikasi untuk pergi ke laman carian Cookpad. Selepas itu, hanya taip nama resipi atau bahan di bar carian dan terus tekan [Enter] untuk senarai resipi-resipi yang anda inginkan.

Anda boleh cari 🔎 resipi yang diingini dengan menaip di bar carian kami:
⭐️ Nama resipi seperti “asam pedas”atau “ayam goreng”
⭐️ Bahan-bahan seperti “daging”atau “brokoli, telur”
⭐️ Kategori resipi seperti “bayi”atau “minuman”
⭐️ Resipi tanpa ramuan tertentu seperti “kek tanpa telur”atau “kari tanpa santan”

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: