Live Cooking Demo bersama Cookpader Kakak Faa

Pada hari Isnin lepas, 30 Ogos 2021, iaitu sehari sebelum Hari Merdeka, salah seorang Cookpader kami iaitu Kakak Faa telah menjemput kami ke dapur beliau untuk menunjukkan kepada kami cara-cara memasak hidangan tradisi Patin Pais Poyok sempena sambutan Hari Merdeka yang ke-64 tahun. Kakak Faa ialah nama yang tidak asing lagi di kalangan komuniti Cookpad... Continue Reading →

Live Cooking Demo bersama MinKana dari Cookpad Jepun

Pada Selasa, 24 Ogos 2021 lepas, MinKana dari HQ kami di Jepun, yang juga merupakan Country Manager Cookpad Malaysia, telah menjemput kami ke dapur beliau untuk menunjukkan cara-cara memasak Korean pickled radishes "Chicken-mu" dan Korean yangnyeom chicken sempena Cookpad Passport Countries of the Week iaitu Negara-Negara Huruf S. Walaupun MinKana berasal dari Jepun, beliau mahir memasak hidangan Korea kerana... Continue Reading →

Live Cooking Demo bersama Cookpad South Africa

Pada 30 Julai 2021 lepas, kami telah masuk ke dapur Shandré Candiotes dari Cookpad South Africa untuk mempelajari secara langsung cara-cara membuat Milk Tart sempena Cookpad Passport Countries of the Week iaitu Negara-Negara Huruf S. Terdapat juga pelbagai tip menarik di dapur yang telah dikongsi beliau. Jangan lupa ikuti kami di Cookpad Malaysia Community untuk lebih banyak lagi sesi memasak secara langsung... Continue Reading →

Live Cooking Demo bersama Cookpad Spain

Malam semalam kami menyertai Maria Puch dari Cookpad Spain di dapur beliau untuk menonton secara langsung cara-cara membuat Spanish Omelette sempena Cookpad Passport Countries of the Week iaitu Negara-Negara Huruf S. Terdapat pelbagai tip menarik juga yang telah dikongsi beliau seperti cara menjimatkan penggunaan minyak zaitun untuk kegunaan resipi yang lain. Jangan lupa ikuti kami... Continue Reading →

Hilmie’s Chicken Cheese Sticks di YouTube Cookpad Malaysia

Membuat sesuatu hidangan yang enak itu tidak semestinya rumit dan renyah. Kadang-kadang benda yang paling simple itulah yang paling best! Jom lihat video masakan terkini Cookpad Malaysia yang mengajar cara-cara membuat Chicken Cheese Stick yang simple tapi sedap! Boleh dijadikan juadah minum petang atau snek anak-anak ketika melalui PDPR. https://www.youtube.com/embed/CDVT0JFMkQM Resipi Hilmie’s Chicken Cheese Stick... Continue Reading →

Live Cooking Demo bersama Cookpad Vietnam

Selasa lepas, kami telah dijemput ke dapur Emily Luu dari Cookpad Vietnam untuk menyaksikan secara langsung demo masakan resipi Seafood Banh Xeo sempena Cookpad Passport Country of the Week iaitu negara Vietnam. Selain menunjukkan kami bagaimana membuat hidangan tradisi Vietnam tersebut, Emily juga telah berkongsi tip-tip berguna di dapur seperti cara menyimpan cili agar tahan lebih lama. Jangan lupa ikuti kami... Continue Reading →

Live Cooking Demo bersama Cookpad Mexico

Kali ini kami berbesar hati menerima kehadiran Lena Treviño dari Cookpad Mexico untuk berkongsi resipi Homemade Tortilla dan Salsa Verde secara langsung sempena Cookpad Passport Country of the Week iaitu negara Mexico. Selain menunjukkan kami bagaimana membuat dua daripada hidangan tradisi Mexico, Lena juga telah berkongsi banyak tips masakan berguna seperti membalut tortilla menggunakan tuala dan bagaimana untuk menjadikan salsa dalam tin seenak... Continue Reading →

Live Cooking Demo bersama Cookpad China

Hari ini kami berbesar hati menerima kehadiran Lijie Wang dari Cookpad China untuk berkongsi resipi 3-Cup Chicken secara langsung sempena Cookpad Passport Country of the Week iaitu negara China. Kami berasa seronok dapat mempelajari sesuatu yang baharu tentang hidangan dan dunia masakan negara lain, seperti saiz camca penyukat dan jenis gula yang lazim digunakan di... Continue Reading →

Blog di WordPress.com.

Atas ↑