Warna popular untuk bendera ialah Putih, Merah dan Kuning. Warna Putih seringkali digunakan dalam 17.7% bendera negara di dunia dan warna ini melambangkan keamanan dan kesucian. Merah membangkitkan emosi dan perasaan cinta dan juga dikaitkan dengan kuasa. Kuning ialah warna empayar dan sering menjadi simbol kekayaan.
Benua Asia, benua terbesar di dunia dan terdapat 29 buah negara di mana bendera negara tersebut tidak mempunyai warna kuning atau emas. Mari kita kenali snek dan pemanis mulut dari beberapa buah negara tersebut.
Bahrain ๐ง๐ญ
Umm Ali merupakan pemanis mulut tradisional Mesir dan juga dikenali sebagai pemanis mulut kebangsaan Mesir. Sejarah nama Umm Ali berasal dari isteri Sultan Mesir yang meminta tukang masaknya menghasilkan pencuci mulut yang paling lazat yang boleh mereka cipta. Ia adalah puding roti tradisional dengan pastri, gula, susu, kacang dan kismis. Resipi Umm Ali oleh Mahadiah menggunakan puff pastry segera dan mengambil masa 30 minit untuk siap.

Cambodia ๐ฐ๐ญ
Isi ikan yang diperisakan dengan pes serai dan daun limau purut dan kemudiannya dibentuk bulat seperti daging burger dan digoreng. Dikenali sebagai Pahut dan merupakan snek kegemaran orang Cambodia. Boleh rujuk kepada resipi Pahut oleh ha.lim39, sesuai untuk dijadikan snek minum petang. Siapa yang tak gemar snek bergoreng? ๐

Saudi Arabia ๐ธ๐ฆ
Perkataan ‘Luqaimat’ membawa maksud kudapan kecil. Walaupun saiznya yang comel, ia boleh mengegarkan deria rasa seseorang dengan kemanisan sirap kurma atau madu. Juga dikenali sebagai Donut Khas Arab Saudi dan menjadi buruan ramai terutamanya pada bulan Ramadhan. Kini anda boleh membuat Luqaimat seperti Cempaka Putih pada bila-bila masa. Senang kan?

Turki ๐น๐ท
Siapa sini tak kenal Baklava? Berasal dari Turki dan di sesetengah tempat ia merupakan pemanis mulut yang mesti dihidangkan di upacara perkahwinan. Baklava terbaik dunia boleh didapati di Gaziantep, terletak di bahagian tenggara negara Turki dan juga merupakan pengeluar utama pistachio. Tak mampu lagi nak berkunjung ke Turki tapi mengidam nak makan Baklava? Boleh cuba buat Baklava Kulit Pastry oleh Hana Hana.

Indonesia ๐ฎ๐ฉ
Bika Ambon merupakan kek yang terkenal di Indonesia, terutamanya dari tempat kelahirannya di Medan. Berwarna kuning terang dan diperbuat daripada tepung, gula, santan, telur dan ditambah yis untuk menghasilkan rongga-rongga ala honeycomb. Yang membuatkan kek ini unik, ia mempunyai perasa serai dan daun limau purut. Cubalah resipi Bika Ambon oleh Nor Al Fatihah untuk merasa sendiri keunikan kek ini.

Jepun ๐ฏ๐ต
Nama Chocolate kian viral sejak kebelakangan ini. Siapa sangka ia senang untuk dibuat dengan hanya menggunakan 3 bahan? Anda boleh manambahkan kreativiti tersendiri kepada resipi seperti yang dilakukan oleh Leeina Qaliena, Matcha Nama Chocolate.

Kepada sesiapa yang inginkan cabaran, boleh lah cuba membuat Horlicks Japanese Milk Bread seperti Maisarah Mamat. Rotinya ini dikatakan lembut seperti awan dengan rasa susunya seakan rasa puding. Mencabar kerana ia mengambil masa yang lama untuk diperap untuk menghasilkan kegebuan roti yang dikehendaki. Kenalah bersabar ye bila nak membuat roti ini. ๐

Maldives ๐ฒ๐ป
Negara yang terkenal dengan pantainya yang cantik juga terkenal dengan pemanis mulut, Dhandialui Boakiba. Susah nak disebut tapi ia sebenarnya bingka ubi dengan kelapa muda, seperti yang dikongsi oleh Ani Delighted, Dhandialui Boakiba.

Korea Selatan ๐ฐ๐ท
Dunia digegarkan dengan Dalgona Candy melalui siri Netflix, Squid Game. Ia merupakan manisan tradisi Korea Selatan yang terkenal sejak berzaman dan dijadikan permainan yang dipanggil Ppongi, dimana bentuk di tengah toffee itu dicungkil menggunakan jarum atau pencungkil gigi tanpa memecahkan bentuk di tengah manisan tersebut. Resipinya menggunakan dua bahan sahaja iaitu gula dan serbuk penaik. Hendaklah dicuba, Honeycomb Toffee oleh Nor Al Fatihah.

Snek bergoreng yang terkenal di Korea Selatan, Gimmari – merupakan kepingan seaweed yang diisi dengan suhun dan inti lain, digulung dan digoreng. Semestinya rangup dan sesuai dijadikan snek sambil-sambil menonton Tv. Irar berkongsi resipi Gimmari agar semua pun boleh mencuba snek ini.

Taiwan ๐น๐ผ
Shinlin merupakan restoran makanan dan snek Taiwan yang terkenal. Salah satu snek yang diminati ramai ialah Sweet Plum Potato Fries Ala Shinlin oleh theduch.ess. Rasanya masam, manis dan rangup.

Resipi snek atau pemanis mulut yang mana ingin anda cuba buat di rumah? Mestinya seronok jika dapat dikongsi dengan keluarga dan rakan-rakan. Sila kongsikan bersama kami resipi yang telah anda cuba diย Cookpad Malaysiaย dan juga group Facebookย Cookpad Malaysia Communityย kami.
Tinggalkan Jawapan