Berceritakan Kasih Ibu & Guru Melalui Resipi Masakan

Setiap orang pasti ada memori memasak di dapur dengan ibu masing-masing, tidak kira anak dara atau anak bujang. Pasti ada resipi masakan ibu yang melekat di hati. Ibu juga merupakan guru masakan paling handal di dunia, kalah Masterchef. 🙃 Biasanya inilah pandangan anak-anak terhadap ibu masing-masing, tiada masakan sesedap masakan ibu. Sememangnya tiada bandingan. 💕

Dulu, para ibu akan menulis resipi mereka di dalam buku diary. Mesti ada yang pernah melihat buku latihan atau buku berkulit tebal penuh dengan coretan resipi ibu. Bila tiba masanya untuk diwariskan kepada anak-anak – ada mukasurat yang terkena air, ada pula yang kena conteng, ada juga yang menulis resipi tetapi tiada ukuran untuk bahan-bahan. Di Cookpad, anda boleh mengisi ruangan kosong yang telah disediakan mengikut arahan dan sertakan dengan gambar langkah masakan. Lebih senang untuk dijadikan sumber rujukan peribadi atau untuk dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Hanya hantar link sahaja dan mereka boleh mengakses resipi tersebut.

Cik Roshie berkongsi cerita di sebalik resipi Rendang Kerang Emak. Tugas mengupas isi kerang dari cengkerangnya merupakan tugas rasmi Cik Roshie disebabkan dia sorang sahaja anak perempuan dan menyebabkan dia tak puas hati sebab abang dan adiknya boleh tengok tv. Tapi disebabkan ini, bila tiba je Raya, Cik Roshie tidak pernah ketinggalan untuk memasak rendang kerang ini. Pastinya salah satu resipi wajib yang diwarisi dari ibunya.

Bila dah dewasa dan tinggal berjauhan dari ibu, ada masanya bila bailk kampung ibu akan mengajak untuk memasak bersama. Dari situlah Mardiana Jaafar sedar bahawa caranya memasak sup ayam untuk mee sup berbeza dengan cara masakan ibunya. Mardiana menggunakan Cookpad untuk berkongsi resipi Mee Sup Bonda Izan agar dia akan sentiasa ingat cara masakan yang betul.

Ibu FZ Adzlin memintanya untuk masakkan Sup Tulang Rusuk Lembu. Sejak ibunya terkena stroke bulan Februari lalu, dia sering kali meminta masakan bertumis air dan sup. Di Cookpad, FZ Adzlin abadikan cara untuk memasak sup tulang rusuk dengan tip masakan dari ibunya dimana saderi dikisar halus dan ditumis untuk menaikkan aroma dan membuatkan sup lebih sedap. Boleh dicuba tip ini dan lihat perbezaan dengan resipi yang biasa dimasak.

Bila bercakap pasal nasi lemak, masing-masing akan mengaku bahawa nasi lemak buatan tangan ibu masing-masing adalah yang terbaik sekali. Aznie Khasri berkongsi cara ibunya memasak nasi lemak yang tahan lama dan tak cepat basi dengan memasak nasi dengan halia dan serai. Nak tahu kalau teori ini betul, kenalah cuba resipi Nasi Lemak Mak Aznie Khasri.

Kuih tradisi ialah salah satu resipi yang sering kali diwarisi dari ibu. Hana Hana mewarisi resipi Tepung Talam dari ibunya kerana ia merupakan kuih kegemarannya semasa kecil. Nanti anak Hana Hana bolehlah mewarisi resipi yang sama di Cookpad. Ini penting agar resipi kuih tradisi ini tidak dilupakan nanti.

Ibu mertua tidak ketinggalan dalam dunia masakan. Banyak juga ahli komuniti Cookpad mengabadikan resipi dari mak mertua seperti Zieta Ali. Ibu mertuanya mengajar cara untuk membuat Kerabu Mak Mertua. Zieta akan menggunakan resipi ibu mertuanya kerana ianya cukup simple dan senang jika dibandingkan dengan kerabu utara yang merupakan tempat kelahiran Zieta. Semestinya 3S menjadi prinsip bila memasak – Simple, Senang dan Sedap.😁

Hasil perkahwinan dengan pasangan yang berlainan bangsa memberi peluang untuk belajar masakan dari mak mertua resipi masakan bangsa tersebut. Kak Yong Fatin mengambil peluang untuk mempelajari resipi masakan Jawa dari mak mertuanya. Resipi Sambal Kacang Cekur ini dia olahkan sedikit mengikut seleranya dari resipi asal. Jangan marah ye mak mertua Kak Yong Fatin. 😅

KAM masih lagi menggunakan resipi Puding Roti Sos Kastard yang dipelajarinya bila berumur 12 tahun. Dia mempelajari resipi ini dalam kelas masakan dari cikgunya di sekolah rendah dan ini merupakan resipi pertama yang KAM pelajari. Wahhh…resipi legend nie, kena cuba buat.

Di ruangan ‘Ceritakan tentang resipi anda’ – para pengguna Cookpad sama ada di laman web atau aplikasi di telefon boleh berkongsi inspirasi atau memori terindah memasak resipi tersebut. Makanan dan resipi sering kali berkait dengan emosi tukang masak. Emosi itu yang menjadikan masakan bertambah sedap seperti masakan hasil tangan ibu. Kerana bila ibu memasak di dapur, rahsia masakan mereka ialah emosi dan rasa kasih CINTA terhadap keluarga.

Sertailah tema masakan Ceritakan Cinta Kasih Ibu & Guru di Cookpad Malaysia dari 13 hingga 31 Mei 2022. Kongsikanlah resipi anda di Cookpad Malaysia dan jadikan Cookpad sebagai buku diary masakan anda agar resipi tersebut dapat diwarisi oleh anak cucu anda di masa hadapan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: