Terbaru & Terhangat di Cookpad!

Berita baik bagi pengguna tegar Cookpad, di aplikasi telefon Cookpad kini ada feature baru. Feature baru ini diberi nama – Ada apa dalam peti sejuk anda? Ingin tahu bagaimana rupa dan fungsi feature baru ini?

Terdapat 20 bahan masakan yang dipilih untuk dipaparkan di feature baru ini. Bahan masakan yang dipilih adalah bahan masakan yang lazimnya ada di dalam peti sejuk chef rumahtangga. Namun begitu, 10 bahan masakan dipilih secara rawak setiap kali untuk dipaparkan di skrin telefon anda. Paparan akan refresh setiap kali app dibuka dari hiatus, ini membolehkan anda untuk melihat dan memilih bahan masakan mengikut keperluan anda.

Apa yang anda boleh buat dengan feature ini? Anda boleh pilih maksimum 2 bahan masakan dengan klik pada gambar bahan masakan, contoh: udang dan mee. Variasi resipi menggunakan gabungan 2 bahan itu akan dipaparkan di skrin anda. Variasi resipi juga diklasifikasikan mengikut kategori, contoh: rebus, kari, bandung dan sebagainya. Klik pada kategori yang diminati dan resipi berkenaan akan dipaparkan pada skrin anda.

Feature ini direka untuk membantu chef rumahtangga memberikan kelainan kepada rutin memasak di rumah dengan suapan inspirasi serba baru. Ini membolehkan chef rumahtangga memberi kelainan pada hidangan kegemaran dan juga idea baru untuk mengosongkan peti sejuk. Ini juga boleh dijadikan cara baharu untuk menjadikan masakan harian anda lebih menyeronokan seiring dengan misi Cookpad.

So jangan terkejut bila anda melihat paparan skrin di tab Inpirasi anda berubah dengan adanya – Ada apa dalam peti sejuk anda? Anda telah terpilih sebagai salah seorang pengguna Cookpad untuk mendapatkan sesi pratonton ringkas sebelum yang lain. Bagi yang ingin mendapat peluang untuk menggunakan feature baru ini, pastikan aplikasi anda telah diupdate di IOS mahupun Android. Tunggu apa lagi? Jom explore feature baru ini!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: