Inspirasi Kisah Cookpader Nurul Ain & Cooking Journey bersama Cookpad

Cooking Journey bersama Cookpad berbeza mengikut individu. MinSha berpeluang untuk berborak dengan seorang ahli komuniti Cookpad, Nurul Ain – seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak yang berkongsi cooking journeynya sebelum dan selepas mengenali Cookpad. Cooking Journey Nurul Ain bersama Cookpad bermula pada Januari 2022. Dan ini hasil perkongsian Nurul Ain dengan MinSha:

Nurul Ain kini memasak setiap hari dan jenis masakan yang seringkali dimasak ialah resipi masakan sihat yang menggunakan slow cooker dan kurang garam dan gula serta sesuai untuk dimakan oleh anak-anak.

Nurul Ain sekarang telah berkongsi 113 resipi di akaun Cookpadnya. Dia suka menggunakan feature Cooksnap kerana baginya di Cooksnap, dia boleh mendapatkan review yang jujur dari ahli komuniti Cookpad yang lain berkenaan dengan resipi yang dikongsi. Dia juga berkongsi Cooksnap resipi yang telah dia bookmarked dan dimasak dibandingkan dengan resipi yang dia simpan di Facebook tapi tak pernah masak. Ini kerana Cookpad dicipta agar ahli komuniti boleh berinteraksi sesama sendiri dan memberi rasa komuniti yang positif dengan misinya untuk menjadikan memasak setiap hari menyeronokkan.

Nurul Ain berjaya menjadi inspirasi kepada teman-teman rapatnya untuk menjadi ahli komuniti Cookpad dengan berkongsi experience menggunakan Cookpad sebagai teman setia di dapur. Salah seorang teman rapatnya ialah Suhaila. Cooking Journey Nurul Ain adalah yang pertama kami kongsi di blog Cookpad dan kami sentiasa mengalakkan ahli komuniti untuk berkongsi Cooking Journey bersama kami dan ahli komuniti yang lain. Setiap Cooking Journey boleh menjadi inspirasi kepada chef rumahtangga yang lain untuk mengenali nilai Cookpad agar komuniti chef rumahtangga Cookpad akan sentiasa berkembang bersama menjadi komuniti yang lebih positif.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: